- Iklan -
Berita

Draf Dasar Perpaduan Negara akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat

DPN akan memberi hala tuju yang lebih jelas untuk mengangkat agenda perpaduan negara dengan lebih serius.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
DPN akan menjadi punca kuasa untuk melaksanakan beberapa program terancang mengenai perpaduan.
DPN akan menjadi punca kuasa untuk melaksanakan beberapa program terancang mengenai perpaduan.

Kementerian Perpaduan Negara akan membentangkan Draf Dasar Perpaduan Negara (DPN) kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan dalam masa terdekat, kata menterinya Halimah Sadique.

Katanya kementerian berharap kewujudan DPN akan memberikan hala tuju yang lebih jelas untuk mengangkat agenda perpaduan negara dengan lebih serius.

Menurut Halimah DPN akan menjadi punca kuasa untuk melaksanakan beberapa program terancang mengenai perpaduan.

“Draf DPN sudah melalui empat siri libat urus bersama pelbagai pihak pemegang taruh termasuk kementerian dan agensi kerajaan; wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO); tokoh akademik dan pakar perpaduan.

“Jentera perpaduan yang terdiri daripada Pengarah Perpaduan Negeri, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Pengerusi Sekretariat Rukun Negara (SRN).

Sesi konsultasi telah diadakan sepenuhnya secara maya serta melalui maklum balas bertulis,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Halimah memberi jaminan kementeriannya komited untuk menjayakan Agenda Perpaduan Negara (APN) biarpun hanya diberikan peruntukan RM423.28 juta dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat, pada 6 November lalu.

Sementara itu menurut Halimah penularan Covid-19 banyak membantu meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Jentera perpaduan yang terdiri daripada Pengarah Perpaduan Negeri, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Pengerusi Sekretariat Rukun Negara (SRN).

“Situasi perpaduan ketika Covid-19 amat bergantung kepada persediaan dalaman diri dan keyakinan terhadap tindakan pantas kerajaan dalam mengurus dan menjaga kehidupan rakyat ternyata menjadi faktor penting kepada negara untuk menghadapi ancaman Covid-19 ini dengan tenang.

“Majoriti rakyat Malaysia ternyata mempunyai semangat kerjasama dan sifat ingin membantu yang baik telah diterjemahkan melalui perbuatan mematuhi arahan pihak berkuasa, membuat perubahan drastik dalam konteks pekerjaan dan mengurus kehidupan seharian mengikut norma baru.

“Ini sekali gus menunjukkan tahap perpaduan kita berada pada tahap yang baik dan terkawal negara sedang dilanda musibah yang besar iaitu pandemik Covid-19 dalam negara.”