Monday, March 8, 2021

Ahli Parlimen pembangkang diberi amaran tidak sertai pemberontak Umno jatuhkan kerajaan

Peguam kanan mengatakan ia adalah perbuatan tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan kerajaan kerana tiada seorangpun pemimpin pembangkang memiliki sokongan yang cukup daripada ahli Parlimen.

Other News

Slots of vaccine recipients not listed under Phase 1 cancelled, says Khairy

He says some centres had already finished vaccinating frontliners and had added individuals from other agencies not listed under the first phase.

DAP says no party-to-party cooperation with Umno for GE15

DAP secretary-general Lim Guan Eng says any cooperation will be on an ad hoc basis, such as in efforts to convene Parliament.

Hong Kong leader praises China’s plan to install ‘patriots’

Legislation to vet all election candidates in Hong Kong is currently being discussed by China's rubber-stamp parliament and is expected to be adopted on Thursday.

Malaysia catat 1,529 kes baru Covid-19

Trend jangkitan wabak Covid-19 terus menunjukkan penurunan.

1,529 new cases as numbers stay under 2,000 mark for third day

Selangor continues to record the most cases with 726.

Seorang peguam perlembagaan mencabar tanggapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan hari ini, mengatakan ia tidak semudah itu, dan realiti sebenar jelas serta “permainan angka di Parlimen masih samar-samar”.

Bercakap kepada MalaysiaNow tanpa ingin dinamakan “disebabkan apa jua pandangan berisiko dipolitikkan dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang ini”, beliau berkata bagi menentukan keyakinan terhadap perdana menteri boleh dilakukan sama ada di dalam Dewan ataupun di luar sama seperti dalam kes kerajaan Perak pada tahun 2009.

“Apa yang penting, walaupun perdana menteri hilang majoriti, ia tidak bermakna mana-mana pemimpin pembangkang mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru”, katanya, menjelang undi penting Belanjawan 2021 hari ini yang turut dilihat sebagai undi percaya kepada kerajaan yang berusia sembilan bulan itu.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan menolak daripada menyokong Muhyiddin di Dewan Rakyat, walaupun dinamakan Yang di Pertuan Agong sebagai individu yang mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Februari lalu.

Oktober lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti, tetapi gagal mengemukakan butiran dakwaannya ketika mengadap Yang di Pertuan Agong.

Pengkritik Muhyiddin mengatakan pengundian belanjawan hari ini adalah peluang untuk menggantikan kerajaan untuk kali kedua.



 

Tetapi menjelang pembentangan belanjawan pada 6 November lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah beberapa kali mengingatkan ahli politik untuk tidak terlibat dalam “politicking”, dan menggesa ahli Parlimen supaya bersatu menyokong Belanjawan 2021 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen pembangkang dalam pada itu cuba untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, tetapi gagal.

Contoh terdekat usul undi tidak percaya berlaku ketika kerajaan ingin menggantikan speaker Dewan Rakyat, di mana blok kerajaan menang dengan majoriti tipis dua undi.

Sementara itu bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah menyatakan sokongan kepada Anwar dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Muhyiddin, dalam sepucuk surat yang ditulis secara bersama kepada Istana Negara menjelang pemimpin PKR itu dipanggil mengadap Agong bulan lepas.

Najib secara terbuka mengakui beliau mendesak ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan kepada Anwar, sementara Zahid mengeluarkan kenyataan memperbaharui sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional walaupun tuntutan belakang tabirnya terhadap Muhyiddin sebagai timbal balas kepada sokongannya didedahkan.

Pengkritik Muhyiddin mengatakan pengundian belanjawan hari ini adalah peluang untuk menggantikan kerajaan untuk kali kedua.

“Tidak ada seorangpun pemimpin pembangkang layak untuk menjawat perdana menteri mempunyai angka yang mencukupi bagi menyokong mereka,” kata peguam perlembagaan itu kepada MalaysiaNow.

“Oleh itu ia adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab bagi pembangkang menjatuhkan kerajaan dalam satu pakatan tidak suci bersama ahli Parlimen Umno yang tidak berpuas hati, walaupun secara jelas mengetahui mereka tidak mungkin dapat membentuk kerajaan baru,” katanya.

MalaysiaNow melaporkan minggu ini beberapa siri pertemuan tidak rasmi diadakan dalam usaha meyakinkan ahli Parlimen Umno untuk mengundi menentang belanjawan.

Difahamkan Najib disertai lima ahli Parlimen Umno berusaha untuk mengagalkan belanjawan.

Dalam pada itu, menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Sementara satu kenyataan daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), yang mewakili ahli Parlimen daripada semua parti menyokong Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri awal tahun lalu, turut memberi sokongan penuh kepada kerajaan.

Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun dengan jelas menyatakan semalam, beliau bersama tiga lagi ahli Parlimen Pejuang memilih untuk tidak menyokong belanjawan, manakala ahli Parlimen parti Warisan yang diketuai oleh Mohd Shafie Apdal belum mengeluarkan sebarang pendirian.

Mahathir yang merupakan pengkritik nombor satu Najib, semalam berkata beliau mengalu-alukan sebarang langkah Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang ahli Parlimen sebagai perdana menteri.

Tetapi peguam itu mengatakan Mahathir perlu diingatkan bahawa perbicaraan kes rasuah melibatkan Najib dan Zahid berlangsung tanpa campur tangan kerajaan Muhyiddin.

“Dalam konteks ini, sikap yang ditunjukkan Tun Mahathir menolak belanjawan agak membingungkan dan pada masa sama beliau menyokong usaha menjatuhkan kerajaan Muhyiddin bagi membolehkan pemimpin pembangkang membentuk kerajaan.

“Namun, amat jelas tidak ada seorangpun dalam kalangan mereka mempunyai angka.”

Peguam itu kemudian mempersoalkan tanggapan mengenai nasib Muhyiddin bergantung kepada undi belanjawan, dengan merujuk kepada Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu menjelaskan, jika perdana menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau hendaklah meletak jawatan dalam Kabinet “kecuali atas permintaannya kepada Yang di Pertuan Agong untuk membubar Parlimen”.

“Di bawah Perkara ini, perdana menteri perlu meletak jawatan sekiranya beliau hilang sokongan majoriti ahli Parlimen,” katanya.

“Namun, jika belanjawan gagal, kerana beberapa ahli Umno tiba-tiba tidak hadir untuk mengundi kerana ‘sakit’ atau dikuarantin atau alasan lain, itu tidak boleh dianggap perdana menteri hilang sokongan majoriti.

“Ketidakhadiran ahli Parlimen itu tidak dikira sebagai perdana menteri hilang sokongan. Oleh itu perdana menteri tidak perlu meletak jawatan sekiranya belanjawan tidak diluluskan atas alasan tersebut,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

BN, PH come together with identical statements signed by Zahid and Anwar

Two statements issued after top leaders' meetings are identical in language, tone and order.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Minister tells why Parliament won’t be convening

Law minister Takiyuddin Hassan says this has to do with the government's focus on battling the Covid-19 pandemic.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa

Pandemik Covid-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa.
00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.