- Iklan -
Berita

PNBBC sokong penuh undi belanjawan esok

Desas-desus undian Belanjawan 2021 akan gagal esok menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini. Gambar: AP
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini. Gambar: AP

Menjelang pengundian Belanjawan 2021 yang dijadualkan diadakan esok, pelbagai spekulasi yang timbul menyatakan undian tersebut akan gagal.

Bagaimanapun Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bebas dalam satu kenyataan sebulat suara menyatakan akan menyokong belanjawan yang dibentang kerajaan PN pada 6 November lalu.

Menurut Pengerusi PNBBC, Shahidan Kassim keputusan yang dibuat ini merupakan keputusan secara kolektif kesemua ahli Parlimen PN.

“Semua ahli Parlimen PN yang berjiwa besar dengan mengenepikan segala perbezaan demi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi.

“Keutamaan kami adalah menghadapi krisis pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat. Kami juga akan memberi komitmen, sokongan dan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan ahli Parlimen Pagoh sebagai perdana menteri,” kata kenyataan itu.

Menurut Pengerusi PNBBC , Shahidan Kassim keputusan yang dibuat ini merupakan keputusan secara kolektif kesemua ahli Parlimen PN.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan “kluster mahkamah” yang terdiri daripada beberapa ahli Parlimen BN akan membuat “helah” untuk tidak hadir semasa pengundian diadakan.

Manakala Pejuang dalam satu kenyataan juga sudah menyatakan pendirian menolak Belanjawan 2021 sehingga ia diubah mengikut apa yang dituntut mereka.

Bagi PKR pula yang dilihat senada dengan bekas perdana menteri, Najib Razak juga mengemukakan beberapa tuntutan antaranya lanjutan moratorium yang diberikan kepada semua dan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).