Monday, October 18, 2021

Lebih 31,000 rumah siap belum terjual, kata menteri

Kerajaan sedang membangunkan Sistem Pengurusan Perumahan Integrasi bagi menggantikan sistem sedia.

Other News

Nilai unit rumah tidak terjual sehingga Jun tahun ini mencecah RM20.03 bilion yang juga bersamaan dengan 31,661 buah rumah siap belum terjual, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Katanya jumlah itu berdasarkan laporan pasaran hartanah yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) bagi separuh tahun pertama 2020.

“Bagi membendung lambakan rumah termasuk rumah baharu ini, kerajaan kini sedang membangunkan Sistem Pengurusan Perumahan Integrasi (HIMS) yang akan menggantikan sistem sedia ada bagi merekod maklumat perumahan.

“Antaranya berkaitan kemajuan perumahan yang ditetapkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] iaitu pengeluaran lesen, kawalan dan pemantauan projek, penguatkuasaan serta pemilikan perumahan di bawah projek perumahan swasta.

“Sistem ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) ingin mengetahui apakah mekanisme dilaksanakan oleh KPKT bagi mengawal pemaju daripada berterusan membina projek perumahan tidak bertepatan dengan kehendak pasaran.

Berhubung langkah yang diambil kerajaan apabila berlaku lambakan rumah yang tidak terjual, menurut Zuraida pihaknya turut melaksanakan Kajian Analitis Data Raya Perumahan bagi mendapatkan situasi sebenar kedudukan dan ketersediaan data berkaitan sektor perumahan di Malaysia sebelum sebarang platform berkaitan dibangunkan.

“Sistem ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Kajian ini akan mula dilaksanakan pada suku pertama 2021 dan hasil kajian ini akan dijadikan input bagi pembangunan platform pusat pengumpulan data hartanah.

“Ia meliputi permintaan dan penawaran untuk membantu kerajaan persekutuan dan negeri membuat keputusan serta penyediaan dasar dan perancangan perumahan negara yang lebih komprehensif.

“Jangkaan dengan adanya platform ini nanti, pembinaan rumah baharu dalam negara dapat dilaksanakan mengikut kehendak dan keperluan sebenar penduduk setempat.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles