Sunday, February 28, 2021

Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Sekarang ini saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Other News

2 ahli Parlimen PKR keluar parti, ikrar sokong Muhyiddin

Keputusan ini mengakhiri spekulasi berhubung kekecewaan mereka dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

2 PKR MPs quit, declare support for Muhyiddin in blow to party

The decision ends weeks of speculation about their frustration with PKR chief Anwar Ibrahim.

Pelan pemerkasaan Rukun Tetangga dilancarkan

Empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Stop the hypocrisy, Amanah tells PKR as rift widens over PH intra-hopping

This comes as Amanah loses five of its assemblymen in Selangor and Johor.

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan untuk mewajibkan semua pekerja asing menjalani saringan Covid-19 setiap dua minggu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keutamaan kerajaan pada masa ini adalah kepada saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setakat ini, kita akan mulakan ujian calitan kepada semua pekerja asing (di negeri dikenakan PKPB), kalau mereka negatif kita akan kuarantin dan jika positif kita hantar ke hospital.

“Kalau ada keperluan untuk ujian calitan setiap dua minggu kita akan bincangkan, untuk pusingan pertama ini (melibatkan) 1.7 juta (pekerja asing) kita selesai saring mereka ini dulu,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan supaya saringan kesihatan diwajibkan bagi semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan, melalui kaedah RTK Antigen.

Jelasnya, ia penting bagi mengurangkan risiko kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka.

“Setakat ini, kita akan mulakan ujian calitan kepada semua pekerja asing (di negeri dikenakan PKPB), kalau mereka negatif kita akan kuarantin dan jika positif kita hantar ke hospital.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berakhir 6 Disember ini, mungkin dilanjutkan sekiranya terdapat pertambahan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Beliau, bagaimanapun, berkata perkara itu akan ditentukan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko di lokasi PKPB berkenaan.

“Kita akan umumkan perkara ini (sama ada dilanjutkan PKPB atau tidak) berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan KKM dalam minggu terakhir sebelum 6 Disember ini.

“Sekiranya terdapat pertambahan kes positif baharu di kawasan-kawasan ini, mungkin PKPB dilanjutkan tetapi sekiranya tiada jangkitan baharu ia akan ditamatkan,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya tamat pada 9 November lalu disambung sehingga 6 Disember ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ismail Sabri terima suntikan vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan hari ini ialah timbalan menteri pertahanan, ketua setiausaha, panglima angkatan tentera dan panglima-panglima perkhidmatan.

Bukan sekadar hak harta intelek, pakar ajar cara jadikan vaksin lebih murah

Serum Institute of India menawarkan cara mudah bagi menangani masalah eksklusif vaksin ketika darurat kesihatan.

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

Ketika program imunisasi bermula, teori menentang vaksin muncul dalam bentuk ‘penyelidikan perubatan’

Salah satu dakwaan oleh ‘jurnal perubatan’ memberi amaran vaksin Pfizer boleh menyebabkan penyakit berkait otak.