Monday, June 14, 2021

Hampir 15,000 penduduk Sabah terima bekalan elektrik dalam RMK-11

Keselesaan luar bandar mengikut jadual seperti yang dirancang dalam RMK-11.

Other News

Sejumlah 14, 870 penduduk di negeri Sabah menerima liputan bekalan elektrik di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang memberi keselesaan kepada penduduk luar bandar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Henry Sum.

Katanya, sehingga akhir tahun ini, 3,066 daripada 380,106 penduduk di 13 rumah menerima bekalan elektrik tersebut manakala 11,579 penduduk atau 79% menerima bekalan air bersih dan terawat.

“Kajian melalui kementerian memperuntukan RM4.8 bilion iaitu 19% daripada peruntukan keseluruhan luar bandar di bawah RMK-11 di bawah pembangunan infrastruktur Negeri Sabah.

“Dianggarkan 11,579 terima bekalan air bersih, 14,780 rumah terima bekalan elektrik 24 jam dan 462.24km jalan disiapkan.

“Apa penting untuk kelangsungan pembangunan infrastruktur luar bandar diperlukan rakyat, diharapkan Belanjawan 2021 dibentang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 6 November nanti mendapat kelulusan di dewan mulia ini,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Zakaria Mohd [email protected] (Bersatu-Libaran) berhubung peratusan dicapai untuk agenda pembangunan infra di negeri Sabah dan apakah tindakan kerajaan bagi menjamin pembangunan di Sabah.

“Kajian melalui kementerian memperuntukan RM4.8 bilion iaitu 19% daripada peruntukan keseluruhan luar bandar di bawah RMK-11 di bawah pembangunan infrastruktur Negeri Sabah.

Berhubung status projek infrastruktur asas luar bandar di negeri Sabah di bawah kementerian khususnya seperti projek jalan, bekalan api dan bekalan air, Henry berkata pelbagai projek sedang dan dalam pembinaan dalam memberi keselesaan kepada penduduk di luar bandar.

Katanya, RM6.5 bilion diluluskan di bawah RMK-11 dan daripada 101 projek, 18 projek sedang dalam peringkat cadangan, 22 projek dalam pelantikan perunding dan reka bentuk dan tujuh projek dalam peringkat perolehan mananakala 26 projek dalam pembinaan dan 28 projek siap sepenuhnya.

“Bagi pelaksanaan elektrik di luar bandar Sabah di bawah RMK-11, 15 projek diluluskan dengan kos RM3.6 bilion dan memberi manfaat kepada 9,588 rumah di pelbagai daerah di negeri Sabah. Daripada 15, dua dalam peringkat pelantikan perunding kajian kesesuaian. Sembilan projek dalam fasa pembinaan dan empat projek siap sepenuhnya.

“Manakala bagi bekalan air di luar bandar negeri Sabah, 63 projek dilaksanakan oleh kementerian dengan kos keseluruhan RM2.4 bilion dan memberi manfaat kepada 34,078. Daripada 63 projek, 21 dalam peringkat pembinaan, 38 dalam peringkat reka bentuk dan empat projek siap.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles