- Iklan -
Berita

970 kes baru Covid-19, 2,348 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 12,971 kes aktif direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang dirakam pada 28 Oktober lalu di Hentian Bas Kajang selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi mengekang penularan Covid-19.
Gambar yang dirakam pada 28 Oktober lalu di Hentian Bas Kajang selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi mengekang penularan Covid-19.

Sebanyak 2,348 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 46,501 kes atau 77.5%, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah,

Noor Hisham berkata terdapat 970 kes baru jangkitan Covid-19 termasuk lima jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 59,817.

Katanya Negeri Sembilan mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 318 kes atau 32.8%, diikuti Sabah 292 kes (30.2%) dan Selangor 115 kes (11.9%).

“Sebanyak 12,971 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital, 110 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 47 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat lagi kes kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 345 orang,” katanya.