- Iklan -
Berita

Jangan salah faham, ‘doula’ bukan bidan atau jururawat, kata menteri

Doula tanpa pendaftaran boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail, seorang jururawat terlatih Hospital Kuala Lumpur (HKL) Nur’atiqah Ismail, 30, sedang menguruskan fail para pesakit. Gambar: Bernama
Gambar fail, seorang jururawat terlatih Hospital Kuala Lumpur (HKL) Nur’atiqah Ismail, 30, sedang menguruskan fail para pesakit. Gambar: Bernama

Doula bukan berfungsi sebagai penasihat atau jururawat perbidanan dengan memberikan khidmat perubatan yang hanya membantu wanita hamil dan selepas bersalin mengharungi cabaran menjaga bayi, kata Dr Adham Baba.

Menteri kesihatan itu berkata, tugas mereka hanya terbatas kepada memberikan sokongan kepada wanita bersalin daripada aspek mental, fizikal dan emosi sahaja.

“Di Malaysia doula tidak berdaftar dengan mana-mana pertubuhan, latihan serta perkhidmatan diberikan juga tidak jelas. Sekiranya mereka ingin memberikan perkhidmatan sebagai peneman mereka harus menjalani latihan, mempunyai garis panduan dan polisi harus dipatuhi.

“Seseorang doula dilarang memberikan khidmat perubatan atau nasihat berkaitan ‘pro nature building’ atau ‘gentle building’. Kumpulan doula atau bidan bukanlah jururawat perbidanan kerana mereka tidak berdaftar di bawah Akta Bidan 1966 atau Akta 436.

“Seksyen 14(1) Akta Bidan 1966 memperuntukan mana-mana individu yang mengamalkan perbidanan tanpa pendaftaran adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau keduanya jika sabitkan kesalahan,” katanya di Dewan Rakyat di hari ini.

Menteri kesihatan itu berkata, tugas mereka hanya terbatas kepada memberikan sokongan kepada wanita bersalin daripada aspek mental, fizikal dan emosi sahaja.

Adham menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH- Bandar Kuching) yang meminta menteri kesihatan menyatakan pelan kementerian untuk “regulate” trend kelahiran menggunakan khidmat doula di Malaysia untuk memastikan tiada peningkatan kadar kelahiran tidak selamat dan juga kematian ibu atau anak yang dapat dielakkan.

Sehubungan itu, Adham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kadar kelahiran selamat.

Antaranya dengan mengedarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi langkah-langkah bagi mempertingkatkan usaha mengurangkan kadar kelahiran tidak selamat bertarikh, 13 Mac 2014.

“Bagi kes berisiko rendah dan memilih untuk bersalin di rumah semua anggota terbabit diarah untuk mengikut garis panduan penggendalikan ibu hamil berdasarkan sistem kod warna dan penjagaan kesihatan ibu serta bayi KKM.

“Kehadiran anggota kesihatan yang terlatih adalah diperlukan untuk kelahiran di rumah termasuk untuk kes risiko rendah, sekali gus membolehkan mereka segera bertindak memberikan bantuan kecemasan jika terdapat sebarang komplikasi yang timbul ke atas bayi dan ibunya semasa atau selepas kelahiran.”

Katanya, sejak 2012 kumpulan dikenali sebagai “Mother Friendly Care” dimasukkan dalam inisiatif  Hospital Rakan Bayi yang mempunyai elemen menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberikan sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan anak.