Saturday, October 16, 2021

Anthony Loke tidak puas hati penamatan kontrak syarikat DM-LTAT 

Anthony Loke dan Wee Ka Siong bertekak isu penamatan SST projek KVDT2.

Other News

Penamatan kontrak syarikat Dhaya Maju-LTAT (DM-LTAT) dalam projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) menjadi isu panas di Dewan Rakyat hari ini apabila Anthony Loke (DAP-Seremban) bertekak dengan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Wee dalam perbahasannya cuba menjelaskan keputusan kementerian untuk menamatkan Surat Setuju Terima (SST) projek kepada DM-LTAT dibuat selepas pertimbangan Kabinet.

“Kementerian saya menyenaraikan baik buruk dalam mempertahankan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu dan penamatan Surat Setuju Terima dalam memorandum Kabinet.

“Oleh kerana perkara ini dibawa ke mahkamah, maka tidak wajar bagi saya untuk membincangkannya secara terperinci,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2021 bagi Kementerian Pengangkutan di Parlimen hari ini.

Loke bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan itu, sambil menuduh Wee menipu Dewan Rakyat dengan memberi jawapan mengelirukan.

Sikap agresif Wee menarik perhatian Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang berkali-kali memintanya bertenang dan tidak meninggikan suara kerana dibimbangi terkena serangan jantung.

Namun, ahli Parlimen Ayer Hitam itu menegaskan, beliau menjawab tuduhan yang dilemparkan Loke kepadanya kerana sebelum itu beliau tidak ada peluang disebabkan menjalani rawatan di hospital.

“Saya dengar tuduhan Seremban ke atas saya. Saya tidak boleh jawab sebab saya terlantar di hospital tetapi nampaknya, Seremban cuba menjadi jurucakap syarikat.”

Tambah Wee, Loke sebelum ini juga melemparkan beberapa tuduhan tidak berasas oleh pihak DM-LTAT kepadanya.

Loke bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan itu, sambil menuduh Wee menipu Dewan Rakyat dengan memberi jawapan mengelirukan.

“Setelah menerima afidavit tersebut, saya segera meminta nasihat undang-undang dan dinasihatkan supaya membersihkan nama saya melalui proses perundangan tanpa mengumumkannya kepada khalayak bagi mengelakkan ia dipolitikkan.

“Bagaimanapun, saya menjangkakan syarikat berkenaan akan menggunakan saluran berbeza, termasuk melalui ahli politik untuk dijadikan sebagai isu sensasi.

“Oleh itu, saya memberitahu Kabinet pada 6 November lalu mengenai masalah ini dan pegawai yang bersama saya dalam perjumpaan dengan syarikat tersebut membuat laporan polis, serta dengan tegas menolak segala tuduhan fitnah yang dilemparkan.”

Wee turut menuduh Loke sebagai tidak beradab apabila menuduhnya menipu ketika memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan pembangkang.

“Dia tidak beradab kata kita menipu, sedangkan kita belum habis menjawab.”

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles