Monday, October 18, 2021

3 perkara dalam MA63 dianggap selesai, 14 lagi perlu tindakan lanjut

Tidak ada keperluan untuk laporan perbincangan dibahaskan di Dewan Rakyat dan laporan akhir didedahkan kepada umum.

Other News

Tiga perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dianggap selesai sepenuhnya dan tidak memerlukan tindakan susulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Maximus Ongkili berkata perkara itu, yang diputuskan Jawatankuasa Khas Kabinet MA63, merangkumi tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan di Sabah, pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, Sabah serta isu pertanian dan perhutanan di negeri sama.

Katanya, baki 14 perkara diputuskan memerlukan tindakan lanjut dan berterusan untuk dilaksanakan oleh kementerian, agensi berkaitan bersama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“14 perkara yang telah dianggap dalam penyeleasian dan memerlukan tindakan susulan. Satu pengedaran gas LPG negeri Sabah dan Sarawak dan penyerahan kawal selia gas dan elektrik di Sabah, pelaksanaan kerja rakyat persekutuan di Sabah dan Sarawak, tenaga buruh, kuasa negeri atas isu kesihatan Sabah dan Sarawak, obligasi kewangan di bawah senarai bersama Perlembagaan Persekutuan.

“Semakan semula pemberian gas, penangkapan perikanan laut dan muara, tanah diberi hak kepada Sabah dan Sarawak, kuasa perundangan mengenai alam sekitar dan pelancongan, kuasa bagi baki perundangan mengenai alam sekitar dan pelancongan.

“Selain itu, perkara 112 perlembagaan mengenai perjawatan, penurunan kuasa hal mahkamah kepada Sabah dan Sarawak, bidang kuasa hakim besar Sabah dan Sarawak, autonomi pentadbiran mahkamah Sabah Sarawak, pengalaman penghakiman borneo mahkamah rayuan bagi mendengar kes dituduh di Borneo. Semua ini akan diselesaikan namun belum dapat diputuskan.

Katanya, baki 14 perkara diputuskan memerlukan tindakan lanjut dan berterusan untuk dilaksanakan oleh kementerian, agensi berkaitan bersama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Ketiga belas, pelantikan suruhanjaya kehakiman di Borneo, dan duti setem yang dikenakan kepada instrumen penyuburan tanah ordinan Sabah dan Sarawak. Perkara ini belum masa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat memorandum untuk menghentikan jumlah komuniti setelah berubah kerajaan, (perkara) gantung di situ,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Maximus berkata beberapa jawatankuasa kerja akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan isu di bawah MA63 yang dipersetujui dilaksanakan sebaiknya.

Manakala status pelaksanaan itu akan dilaporkan kepada Majlis Khas MA63 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri.

Perbincangan berkaitan empat perkara belum selesai iaitu royalti minyak dan bayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83) namun akan diteruskan dalam masa terdekat.

“Walaupun banyak gantung dan belum ada tindakan susulan kerana tindakan dari segi perundangan dan Covid-19 semenjak Mac lalu maka memang banyak tergantung namun keputusan di bawah perkara-perkara ini akan diselesaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memulakan sedikit kepada Sarawak untuk memberi (address) perihal gas walaupun minyak belum dan sebahagian banyak melalui perbincangan menerusi Kementerian Kewangan dan Fadillah Yusof dan mencapai walaupun tidak semua tetapi seperti harga dan kos ada yang telah dibincangkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya tidak ada keperluan untuk laporan perbincangan dibahaskan di Dewan Rakyat dan laporan akhir didedahkan kepada umum.

“Kerajaan masih mengekalkan pendirian tiada keperluan laporan akhir didedahkan kepada umum memandangkan isu kandungan dan perbincangan yang direkodkan adalah bersifat teknikal dan melibatkan perkara sensitif,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles