- Iklan -
Berita

1,096 kes baru Covid-19, 1,104 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor kekal negeri tertinggi kes Covid-19 iaitu sebanyak 603 jangkitan baru.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar yang dirakam pada 11 Mei lalu, di Jalan Othman, Petaling Jaya selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan Covid-19.
Gambar yang dirakam pada 11 Mei lalu, di Jalan Othman, Petaling Jaya selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan Covid-19.

Sebanyak 1,104 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 41,597 kes atau 75.9%, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham dalam kenyataan medianya berkata terdapat 1,096 kes baru jangkitan Covid-19 termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 54,775.

“Dua negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 603 kes (55%) dan diikuti Sabah 311 kes (28.4%),” katanya dalam kenyataan itu.

Katanya, pertambahan kes di Selangor disumbang oleh Kluster Teratai yang mencatatkan sebanyak 502 kes hari ini atau 83.3%.

“Sebanyak 12,843 kes aktif sedang menerima rawatan di hospital, 106 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 46 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kes kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 335 orang,” katanya.