Thursday, February 25, 2021

Rayuan Anwar batalkan saman sabitan liwat Mac tahun depan

Sebelum ini pendengaran rayuan itu ditetapkan pada 18 November lepas.

Other News

Covax delivers first vaccine shipment in ‘momentous occasion’

Covax hopes to deliver more than two billion doses in less than a year to ensure 92 poorer countries will receive access to Covid-19 vaccines.

Johnson & Johnson vaccine ‘highly effective’ against severe Covid-19

In large clinical trials, the vaccine efficacy against severe disease was 85.9% in the US, 81.7% in South Africa, and 87.6% in Brazil.

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Kes baru Covid-19 kembali melebihi angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,677.

New cases above 3,000 again as deaths increase by 12

Death toll now at 1,088.

Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula beliau berhubung sabitan dalam kes liwat membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguamnya J.Leela, ketika dihubungi berkata peguam Muhammad Shafee Abdullah yang dibenarkan mencelah dalam prosiding rayuan itu telah memohon penangguhan sementara menunggu keputusan isu berkaitan di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini pendengaran rayuan itu ditetapkan pada 18 November lepas.

“Permohonan Muhammad Shafee untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan mahkamah yang menolak permohonan beliau bagi memadam afidavit Siti Rahayu (Mohd Mumazani) atau menyoal balasnya telah ditetapkan untuk pendengaran pada 21 Januari tahun depan,” kata Leela.

Bagaimanapun, Anwar telah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.

Pada 29 November 2018, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Shafee untuk memadam afidavit dan menyoal balas Siti Rahayu, yang juga pegawai khas bekas peguam negara Tommy Thomas.

Bagaimanapun, mahkamah itu membenarkan Muhammad Shafee mencelah dalam prosiding rayuan Anwar dalam tindakan sivil beliau berhubung sabitan kes liwat terhadapnya.

Siti Rahayu memfailkan afidavit menyatakan bahawa maklumat baharu yang diperoleh mendakwa sejumlah RM9.5 juta telah dibayar kepada Muhammad Shafee daripada akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak antara 2013 dan 2014.

Anwar, dalam saman pemula yang difailkan pada 9 Jun 2017 terhadap kerajaan Malaysia, telah mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan dengan adil dalam rayuannya berhubung sabitan kes liwat terhadapnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon satu deklarasi bahawa sabitan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 ultra vires atau melangkaui kekuasaan Perlembagaan Persekutuan dan oleh yang demikian, adalah terbatal serta tidak sah.

Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu ultra vires dan oleh yang demikian, adalah terbatal serta tidak sah.

Sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Anwar telah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.

Pada 8 November 2017, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula Anwar selepas memutuskan bahawa kesnya tidak mempunyai asas dan sebarang bukti sebagai sokongan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Anwar beritahu saya dia tidak mampu kawal ‘budak-budak jahatnya’, kata Mahathir

Bekas perdana menteri memberikan sedikit bayangan mengenai pertemuan peribadi dengan lelaki yang dinamakan untuk menggantikan tempatnya.

Anwar fail rujuk soalan pengisytiharan darurat ke Mahkamah Persekutuan

Soalan yang dikemukakan keputusan menasihati dan/atau nasihat yang diberikan oleh Kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

PH ambil tindakan undang-undang, dakwa darurat dilakukan sebab arahan PM

PH berkata, perdana menteri bersama Kabinet bertindak secara tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan Anwar batal saman kesahan pengampunan diraja 18 Mac

Pendengaran kes tersebut yang sebelum ini ditetapkan pada 28 Julai, telah dipercepatkan kepada bulan Mac.

Bukit Aman siasat Anwar kerana desak Agong batalkan darurat

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan polis terhadap ahli politik itu.