Friday, November 20, 2020

Putrajaya bersedia hidupkan kembali pelancongan domestik walaupun pandemik belum berakhir

Perjalanan dari zon hijau ke destinasi pelancongan seluruh negara dilonggarkan.

Other News

No virus talk allowed at this bar in Rome

'We're fed up with talking about Covid, we can't take it anymore, everywhere we go we only talk about Covid.'

Putrajaya bersedia hidupkan kembali pelancongan domestik walaupun pandemik belum berakhir

Perjalanan dari zon hijau ke destinasi pelancongan seluruh negara dilonggarkan.

Putrajaya prepares to jump-start domestic tourism as pandemic stubbornly lingers

The government will ease travel from green zones to tourist destinations nationwide.

Rayuan Anwar batalkan saman sabitan liwat Mac tahun depan

Sebelum ini pendengaran rayuan itu ditetapkan pada 18 November lepas.

958 kes baru Covid-19, 956 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 13,221 kes aktif direkodkan.

Kebimbangan mengenai industri pelancongan negara terus merudum ketika krisis Covid-19 dijangka berlarutan sehingga tahun depan menyebabkan kerajaan mempertimbangkan untuk menghidupkan kembali industri tersebut dengan membenarkan lebih ramai rakyat negara ini melancong ke destinasi-destinasi tarikan domestik.

MalaysiaNow difahamkan terdapat perbincangan peringkat tertinggi sejak beberapa hari lalu mengenai sektor pelancongan, yang paling teruk terkesan selepas perintah kawalan pergerakan dilaksanakan seluruh negara.

Putrajaya akan melonggarkan larangan rentas negeri buat mereka yang berada di zon hijau tanpa memerlukan kebenaran pihak polis.

Difahamkan kementerian pelancongan, seni dan budaya baru-baru ini menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk tujuan itu, yang akan membenarkan perjalanan bagi mereka yang berada di zon hijau, ke negeri-negeri lain.

“Bagaimanapun, kelonggaran itu hanya untuk perjalanan membabitkan mereka yang menggunakan agensi pelancongan,” kata satu sumber kerajaan kepada MalaysiaNow.

“Perancangan membenarkan perjalanan ini tidak hanya di dalam zon hijau, tetapi turut melibatkan negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata sumber itu.

Putrajaya akan melonggarkan larangan rentas negeri buat mereka yang berada di zon hijau tanpa memerlukan kebenaran pihak polis.

MalaysiaNow turut difahamkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri sudah membentangkan perancangan itu kepada Kabinet dan pegawai kesihatan kanan.

Tiga kategori pelancong diperincikan termasuk mereka yang berada di negeri zon hijau melawat ke destinasi dalam negeri yang sama, mereka dari negeri hijau ke negeri hijau lain dan melibatkan negeri zon hijau melancong ke daerah PKPB.

Pelaksanaan PKPB baru-baru ini melibatkan hampir seluruh negara, yang menyebabkan perjalanan rentas daerah dan sempadan tidak dibenarkan.

Pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh negara, dan terdapat beberapa tempat tarikan popular terletak di kawasan luar bandar di Semenanjung, dengan pantai-pantai menjadi pilihan.

Industri pelancongan dan hotel antara yang terawal terkesan akibat pandemik selepas penerbangan masuk ke dalam negara dihentikan, dan ia bertambah parah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac.

Selepas PKP dilonggarkan pada pertengahan tahun, industri pelancongan kembali bernafas seketika selepas hotel-hotel dan destinasi pelancongan menyaksikan peningkatan jumlah pelancong tempatan.

Tempoh itu hanya sementara kerana tidak lama selepas itu berlaku lonjakan kes baru Covid-19 sejak bulan September, dengan pihak berkuasa kesihatan melaporkan empat digit jangkitan Covid-19 setiap hari.

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Mybha), Emmy Suraya Hussein baru-baru ini berkata, jika PKPB terus berlanjutan sehingga akhir tahun ini tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan, sekurang-kurangnya 40 hotel bajet di kawasan bandar utama negara akan ditutup menyebabkan kira-kira 2,000 pekerja diberhentikan.

“Tiada jalan lain. Operator hotel tidak mampu untuk menanggung kos perbelanjaan termasuk gaji pekerja. Bayangkan, untuk dapatkan tempahan bilik satu malam pun susah. Bagaimana kami dapat bertahan dalam masa sebulan dua ini?” kata presiden persatuan itu seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, perjalanan yang melalui kawasan zon kuning, jingga dan merah masih tidak dibenarkan, kata sumber yang sama kepada MalaysiaNow.

Difahamkan, cadangan untuk melonggarkan sekatan pelancongan itu diterima baik polis dan pihak berkuasa lain.

Dalam cadangan itu, setiap pelancong perlu menyediakan dokumen seperti MyKad, salinan tiket atau tempahan premis penginapan dan juga rekod pendaftaran aplikasi MySejahtera, satu aplikasi kerajaan yang memantau pergerakan orang ramai untuk mencegah penularan Covid-19.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

958 kes baru Covid-19, 956 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 13,221 kes aktif direkodkan.

1,290 kes baru Covid-19, 878 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 51,680 kes.

Lebih 60,000 mahasiswa kekal di kampus sepanjang tempoh PKPB, kata menteri

Jumlah itu melibatkan penuntut universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta.

Covid-19 buka mata usahawan luar bandar guna platform AI, e-Dagang

Urus niaga menggunakan e-Dagang dalam kalangan usahawan luar bandar meningkat 39% pada 2020 berbanding 2019.

Bantuan PKS mikro dibayar mulai 30 November

GKP 2.0 disasarkan kepada PKS mikro bagi meneruskan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.