Friday, November 27, 2020

Malaysia, Gavi tunggu tarikh memuktamadkan perjanjian bersama Covax

Penyertaan Covax yang bakal memberikan jaminan untuk mendapatkan vaksin kepada 10% populasi rakyat Malaysia.

Other News

Belanjawan 2021 sudah tak boleh ditolak, PH gadai sokongan rakyat, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri itu berkata, PH yang dipimpin Anwar Ibrahim sanggup berkompromi, menolak prinsip dan menggadaikan sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

Dr M lashes out at ‘unprincipled opposition’ as Anwar defends decision on budget vote

The former leader says the opposition was willing to 'compromise' and 'sell out the people's support'.

1,109 kes baru Covid-19, 1,148 pulih, 2 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 61,861 kes.

New cases back to 4 digits at 1,109

However, recoveries outnumber new cases at 1,148.

Europeans to start rubbish collections – in space

Hundreds of thousands of pieces of space debris circling the planet pose a threat to functioning satellites.

Kementerian Kesihatan (KKM) dan “Global Alliance for Vaccine and Immunisation” (Gavi) sedang memuktamadkan tarikh bagi membolehkan Malaysia menandatangani perjanjian untuk menyertai pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, Covax.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata perkara itu selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 bersetuju Malaysia menyertai Covax yang bakal memberikan jaminan untuk mendapatkan vaksin kepada 10% populasi rakyat Malaysia.

Beliau berkata Jemaah Menteri juga bersetuju KKM mewakili kerajaan Malaysia untuk memuktamadkan perjanjian penyertaan Covax bersama Gavi.

Sehubungan itu Jabatan Peguam Negara ditugaskan untuk menyemak terma serta syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan Gavi.

“Selepas dibuat proses semakan, Jemaah Menteri telah memutuskan pada 13 November 2020 supaya Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan memuktamadkan penyertaan dalam Covax Facility dengan menandatangani perjanjian ‘Optional Purchase Arrangement’.

“Buat masa ini, Kementerian Kesihatan dan pihak Gavi sedang memuktamadkan tarikh bagi menandatangani perjanjian ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri juga bersetuju KKM mewakili kerajaan Malaysia untuk memuktamadkan perjanjian penyertaan Malaysia Covax bersama Gavi.

Lim Guan Eng (DAP- Bagan) meminta Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sama ada Malaysia menyertai inisiatif Covax yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membolehkan 20% daripada penduduk sesebuah negara menerima dos vaksin Covid-19 dengan vaksin dihantar sebaik sahaja tersedia dan juga membantu membina semula ekonomi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata keputusan untuk Malaysia menyertai fasiliti ini akan melibatkan kos yang merangkumi bayaran pendahuluan dan “risk sharing guarantee” dianggarkan RM94.08 juta.

Beliau berkata jaminan akses awal bekalan vaksin Covid-19 adalah penting untuk melindungi rakyat Malaysia daripada penularan wabak Covid-19.

Katanya, langkah berkenaan juga membantu merancakkan ekonomi negara apabila vaksinasi dijadikan syarat untuk pergerakan dan perhubungan di peringkat global.

“Penyertaan Malaysia di dalam platform multilateral, Covax Facility merupakan pendekatan pelbagai hala (multi-pronged approach) yang bakal membuka ruang untuk negara mempelbagaikan pilihan serta mengurangkan risiko daripada memberikan tumpuan kepada kaedah bilateral sahaja dalam pemerolehan vaksin Covid-19.”

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,109 kes baru Covid-19, 1,148 pulih, 2 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 61,861 kes.

Malaysia terima 12.8 juta vaksin Covid-19 tahun depan, kata PM

Ia diperoleh daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20% atau 6.4 juta rakyat negara ini,

935 kes baru Covid-19, 2,555 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 60,752 kes.

Wisma Putra sedia bantu polis bawa balik ahli perniagaan dalam buruan Jho Low

Jho Low bukan saja diburu pihak berkuasa Malaysia malah Amerika Syarikat dan Singapura juga sedang mencarinya.

Malaysia harap Myanmar teruskan rundingan antarabangsa selesai isu Rohingya

Masalah wilayah Rakhine dan implikasinya ke atas pelarian etnik Rohingya harus ditangani dengan kadar segera.