Sunday, October 17, 2021

Bantuan PKS mikro dibayar mulai 30 November

GKP 2.0 disasarkan kepada PKS mikro bagi meneruskan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.

Other News

Sebanyak 512,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro telah membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 yang dibuka pada 1 hingga 31 Oktober yang lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata, mereka yang telah memohon GKP 2.0 boleh menyemak status kelulusan bermula 27 November ini manakala tarikh pembayaran mulai 30 November ini.

“Berdasarkan jangkaan awal, bilangan yang akan diluluskan jauh daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 200,000 PKS mikro,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya setiap permohonan akan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerajaan akan memastikan PKS benar-benar layak mendapat manfaat ini demi kelangsungan perniagaan mereka,” katanya.

Tengku Zafrul berkata bukan semua permohonan diluluskan kerana ada dalam kalangan pemohon gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

“Berdasarkan jangkaan awal, bilangan yang akan diluluskan jauh daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 200,000 PKS mikro,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

“Ada dalam kalangan pemohon tidak memiliki lesen dengan PBT, tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memenuhi kriteria PKS mikro iaitu bilangan pekerja tidak melebihi lima orang,” tambahnya.

Tengku Zafrul menjawab soalan yang dikemukakan oleh Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) ingin mengetahui jumlah permohonan dan kelulusan yang diterima untuk Geran Khas Prihatin 2.0 dan apakah sebab-sebab utama permohonan yang tidak berjaya.

Dalam pada itu, Zafrul memberitahu GKP 2.0 merupakan bantuan secara terus kepada PKS mikro yang berkelayakan dan bagi mereka yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini bagi membantu mengurangkan beban kewangan perniagaan ekoran pandemik wabak Covid-19.

“Di samping itu, dapat meningkatkan pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. Di bawah GKP asal diumumkan sebelum ini, lebih 545,000 telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.63 bilion.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles