- Iklan -
Berita

1,290 kes baru Covid-19, 878 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 51,680 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kelihatan orang ramai melalui kawasan deretan kedai di Brickfield, Kuala Lumpur, mematuhi SOP ketika berada di tempat awam.
Kelihatan orang ramai melalui kawasan deretan kedai di Brickfield, Kuala Lumpur, mematuhi SOP ketika berada di tempat awam.

Sebanyak 1,290 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lima jangkitan import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 51,680.

Seramai 878 pesakit yang sebelum ini dirawat di hospital di seluruh negara dibenarkan pulang selepas pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 38,132 orang atau 73.8%.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,222 kes.

Daripada jumlah itu seramai 110 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 37 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah sebanyak 326 kes,” kata kenyataan itu.

Dua negeri dilaporkan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah sebanyak 660 kes dan Selangor berjumlah 407 kes.

Terdapat empat kluster baru turut dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 165 kluster.

Kluster baru itu membabitkan Kluster Kapas BJ di daerah Hulu Langat di Selangor dan Kluster Prestij melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat pembersihan di daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dua lagi kluster yang dikesan merupakan Kluster Bah Bercham di daerah Kinta, Perak dan Kluster Kiambang dilaporkan berlaku di daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.