- Iklan -
Berita

Pelitup muka pembedahan boleh digunakan semula?

Kos yang tinggi dilihat menjadi satu isu, sama juga fakta begitu banyak pelitup muka berasaskan plastik dibuang dalam longkang dan laut.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pelitup muka menjadi senjata paling berkesan bagi mencegah penularan Covid-19.
Pelitup muka menjadi senjata paling berkesan bagi mencegah penularan Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan mengatakan senjata paling berkesan mencegah penularan Covid-19 adalah pengunaan pelitup muka pembedahan yang perlu dibuang selepas sekali pengunaan, tetapi kebimbangan masalah pada alam sekitar, menyebabkan kebanyakan saintis mula mempertikaikan cadangan itu.

Penularan Covid-19 yang semakin meluas, menyebabkan pengunaan pelitup muka diwajidkan di kebanyakan tempat termasuk dalam pengangkutan awam, kedai-kedai dan juga tempat kerja.

Namun, faktor kos menjadi satu isu, sama juga dengan fakta begitu banyak pelitup muka berasaskan plastik dibuang dalam longkang dan laut.

Salah satu cadangan alterntif adalah pengunaan pelitup muka kain yang boleh digunakan semula, tetapi orang ramai dilihat lebih menggemari pelitup muka pembedahan pakai buang kerana ia lebih ringan dan murah.

“Pelitup muka perubatan hanya untuk sekali guna,” kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Buang segera pelitup muka itu, kalau boleh dalam tong sampah.”

Namun, faktor kos menjadi satu isu, sama juga dengan fakta begitu banyak pelitup muka berasaskan plastik dibuang dalam longkang dan laut.

Namun, disebabkan situasi kekurangan bekalan pelitup muka ketika gelombang pertama pandemik Covid-19 pada bulan Mac dan April, WHO membenarkan pengunaan semula pelitup muka terpakai yang dinyahkuman dalam satu laporan “prosedur luar biasa” pada bulan Jun.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), dalam keadaan darurat mengesyorkan, pengunaan wap hidrogen peroksida untuk proses nyahkuman pelitup muka jenis N95 yang digunakan oleh petugas kesihatan.

Kaedah lain yang boleh digunapakai bagi membersihkan pelitup muka pakai buang termasuk mendedahkannya pada suhu tinggi atau menggunakan sinaran ultraungu.

Tetapi kaedah-kaedah itu tidak digalakkan untuk kegunaan orang ramai, kata ahli mikrobiologi Perancis dan saintis Adios Corona, Denis Corpet.