- Iklan -
Berita

Pejuang senaraikan 12 syarat untuk sokong Belanjawan 2021

Antara syarat Pejuang sama dengan yang dikemukakan BN seperti lanjutan moratorium dan pengeluaran KWSP.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir. Gambar: Bernama
Ahli parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir. Gambar: Bernama

Pejuang meletakkan 12 syarat kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya mahu parti itu menyokong Belanjawan 2021, kata presiden penajanya, Mukhriz Mahathir.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, ahli-ahli Parlimen Pejuang nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya beberapa pindaan yang dikemukakan tidak dilayan.

Antara syarat itu termasuk lanjutan moratorium serta pengeluaran daripada Akaun 1, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN).

“Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada pindaan terhadap syarat kami kemukakan.

“12 syarat ini adalah agar kerajaan tidak berboros berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan ketika negara sedang dilanda krisis yang serius ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara 12 syarat yang dikemukakan Mukhriz ialah menunda pembinaan bangunan kementerian yang tidak menjadi keutamaan contohnya bangunan baru Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang dianggarkan RM60.5 juta.

“Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada pindaan terhadap syarat kami kemukakan.

Mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat daripada RM7.9 bilion kepada RM11.7 bilion.

Pejuang juga mahu kerajaan menunda kesemua projek mega bernilai RM15 bilion dan memberi tumpuan kepada projek-projek kecil.

“Kurangkan jumlah menteri Kabinet dan turunkan gaji menteri, timbalan menteri kalau boleh sehingga 30%.

“Tambah belanjawan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penyakit tidak berbangkit, walaupun kita bergelut dengan Covid-19, tidak bermakna penyakit lain hilang begitu saja.”