- Iklan -
Berita

KDN fokus 5 strategi utama banteras pendatang asing tanpa izin

Pelan strategik penguatkuasaan Pati lebih komprehensif libatkan kerjasama agensi kerajaan, PBT, JPKKP.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat rondaan berhampiran Sungai Daling, Sandakan yang dipercayai tempat pendaratan pendatang asing tanpa izin  sewaktu Operasi Cegah Pati (OCP) Darat awal November lalu, Gambar: Bernama
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat rondaan berhampiran Sungai Daling, Sandakan yang dipercayai tempat pendaratan pendatang asing tanpa izin sewaktu Operasi Cegah Pati (OCP) Darat awal November lalu, Gambar: Bernama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperhalusi pelan strategik penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lebih menyeluruh, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, “Pelan Holistik Penguatkuasaan Pati” memfokuskan lima strategi utama yang lebih komprehensif untuk mengatasi permasalahan kebanjiran Pati di negara ini membabitkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Katanya, pelan itu diwujudkan bagi memperkukuhkan tadbir urus sistem kerja agensi penguatkuasaan dan kawal selia sedia ada serta meningkatkan kerjasama strategik dan kesedaran masyarakat setempat bagi mencapai sifar pendatang tanpa izin.

“Lima strategi utama (menerusi pelan) iaitu strategi perundangan dan dasar penguatkuasaan Pati, strategi kawalan sempadan dan pintu masuk, strategi pengurusan pekerja asing, strategi operasi dan penguatkuasaan dan terakhir strategi media dan publisiti.

“Strategi yang digariskan dalam Pelan Holisitik Penguatkuasaan Pati ini berlunaskan dalam bidang-bidang fokus yang dikenal pasti bersesuaian dengan peranan agensi-agensi terlibat.

“Dan akan dibangunkan bagi memberi impak signifikan ke arah peningkatan imej perkhidmatan awam khususnya pasukan penguatkuasaan. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan operasi secara berterusan di lokasi yang menjadi tumpuan warga asing,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Lima strategi utama (menerusi pelan) iaitu strategi perundangan dan dasar penguatkuasaan Pati, strategi kawalan sempadan dan pintu masuk, strategi pengurusan pekerja asing, strategi operasi dan penguatkuasaan dan terakhir strategi media dan publisiti.

Beliau menjawab pertanyaan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang ingin mengetahui status pelaksanaan Pelan Holistik Penguatkuasaan Pati yang dirangka untuk jangka masa lima tahun bagi membanteras kebanjiran Pati di negara ini.

Menurut Ismail, bagi memantau Pelan Holistik Penguatkuasaan Pati yang dilancarkan, KDN turut menubuhkan Jawatankuasa Induk Penguatkuasaan Pati yang akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian yang akan bersidang empat kali setahun.

“Memang menjadi tanggungjawab KDN dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) untuk melibatkan bagi menguatkuasakan dan meneliti undang-undang dan peraturan sedia ada.

“Pihak KDN berbincang dengan PBT dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam perbincangan Akta pindaan Akta Imigresen 1959/63 khusus bagi aspek perundangan pada 24 hingga 26 September 2020.

“Saya percaya hasil perbincangan tersebut akan kita perhalusi dan memperinci untuk kita menggubal satu peraturan dan undang-undang untuk kita memperketatkan dan memperkuatkan hukuman sedia ada kepada Pati dan majikan terlibat.”