Thursday, June 24, 2021

Ketua pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Other News

Ketua Pengarang Sinar Harian, Baharom Mahusin, 54, meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Sinar Harian Hussamuddin Yaacub dalam Twitternya.

Menurut kicauan itu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Semoga ALLAH SWT memberi tempat terbaik buat beliau,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter

“Hari ini, Sinar Harian terpaksa merelakan sebuah lagi kepergian.

“Semoga Allahyarham Dato Baharom Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana.

“Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Semoga Allah memberi tempat terbaik buat beliau,” ciap Hussamuddin.

Allahyarham dimasukkan ke PPUM kira-kira tiga minggu lepas dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi pusat perubatan tersebut.

Difahamkan, jenazah akan dibawa dari PPUM ke Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudthul Sakinah Taman Batu Muda, Gombak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles