- Iklan -
Berita

Siapapun PM, tiada jaminan hutang negara dapat dikurangkan

Hutang bermula 1997 ketika negara berdepan krisis kewangan Asia Tenggara.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Bank Negara Malaysia. Gambar: Bernama
Bank Negara Malaysia. Gambar: Bernama

Sejarah hutang negara bermula pada 1997 apabila negara berdepan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Abdul Rahim Bakri.

Beliau menjelaskan tidak berbangkit siapa menjadi perdana menteri dengan keupayaan negara dapat mengurangkan hutang kepada sifar.

Katanya, hutang negara sehingga akhir tahun ini berjumlah RM874.3 bilion iaitu 60.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk makluman, kalau kita lihat sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara kita berdepan dengan krisis kewangan.

“Ekonomi kita diserang menyebabkan kejatuhan mata wang, maka kita terpaksa ambil pendekatan berbelanja secara berhemah bagi memastikan ekonomi kita dapat dijana semula,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan M. Karupaiya (Padang Serai-PKR) dalam soalan tambahannya mengatakan keyakinannya hutang negara boleh sampai ke tahap sifar jika Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan masalah kewangan boleh ditanganinya dengan baik.

“Untuk makluman, kalau kita lihat sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara kita berdepan dengan krisis kewangan.

Rahim turut memberi contoh, negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura juga mempunyai nisbah hutang yang tinggi.

Katanya, apa yang paling penting pinjaman itu digunakan kerajaan untuk ke arah memacu Malaysia sebagai negara maju.