Sunday, November 22, 2020

Mengapa Malaysia masih ‘tersekat’ dengan ahli politik tua?

Jawatan empat menteri kanan dalam Kabinet juga berusia lebih kurang 50 hingga 70 tahun.

Other News

1,041 kes baru Covid-19, 1,045 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor catat kes tertinggi sebanyak 402 jangkitan baru.

1,041 new cases, record 1,405 recoveries

Three more deaths push toll to 332.

Kerajaan kaji bina kuarters pekerja asing, kata Annuar Musa

Pihaknya sedang berunding dengan beberapa kementerian lain dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

‘Eyes will be plucked out,’ China warns anglophone allies over Hong Kong

The Five Eyes are accusing Beijing of reneging on their agreements to maintain Hong Kong's special freedoms.

Selepas ketepikan saya, Anwar masih tak jadi PM, kata Dr Mahathir

Anwar sebelum ini mengatakan beliau mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan”.

Sejak mula ditubuhkan Malaysia dipimpin oleh golongan tua malahan pada Pilihan Raya Umum 2018, sejarah dunia tercipta apabila Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun diangkat untuk mengepalai pentadbiran negara.

Mengapa ini berlaku di Malaysia?

Penganalisis mengatakan situasi ini kepada konsep “gerontocracy” yang merujuk kepada keadaan sesebuah kumpulan, organisasi atau masyarakat yang dipimpin oleh golongan tua.

Shamsul Amri Baharuddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, jika diteliti senarai nama bekas perdana menteri Malaysia, bermula dengan Tunku Abdul Rahman hinggalah Muhyiddin Yassin, kesemuanya memegang jawatan itu ketika berusia lebih 50 tahun.

“Jawatan empat menteri kanan dalam Kabinet juga berusia lebih kurang 50 hingga 70 tahun,” katanya kepada MalaysiaNow merujuk kepada menteri kanan ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Istilah “gerontocracy” mula disebut-sebut sejak kebelakangan ini apabila timbul perdebatan meluas di media sosial yang menggelarkan kerajaan pimpinan Muhyiddin majorotinya melibatkan pemimpin-pemimpin tua.

Shamsul Amri bagaimanapun berkata dalam politik, umur tidak menjadi satu masalah yang besar kerana pengagihan kuasa dalam pentadbiran negara dibuat berdasarkan faktor pendewasaan umur dan pengalaman politik.

Katanya, terdapat satu pemisahan antara pendewasaan umur dan pendewasaan politik dan proses ini berlaku secara semula jadi melalui konsep pelapis atau pengganti pemimpin di masa akan datang.

“Individu yang menyertai politik di Malaysia perlu memasuki sayap-sayap tertentu untuk didedahkan kepada corak permainan politik di peringkat dasar hingga ke tahap pimpinan tertinggi.

“Tidak menghairankan apabila hampir semua parti politik tempatan memiliki sayap Pemuda dan Wanita kerana sistem parti sudah distrukturkan begitu dengan bertujuan untuk melatih pemimpin muda,” katanya.

Menurut Shamsul yang juga pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) berkata, dalam sistem ini, apabila tiba masa untuk mengambil alih jawatan kerajaan, seseorang itu sudah mempunyai cukup pengalaman.

“Tapi, ya lah. Mereka dah tua,” katanya.

“Individu yang menyertai politik di Malaysia perlu memasuki sayap-sayap tertentu untuk didedahkan kepada corak permainan politik di peringkat dasar hingga ke tahap pimpinan tertinggi.

Menurut Shamsul Amri contoh jelas dapat dilihat daripada bekas perdana menteri Najib Razak yang dipersiapkan dengan pelbagai jenis jawatan sebelum dilantik sebagai perdana menteri keenam.

“Antaranya memegang portfolio sebagai menteri besar Pahang, didedahkan dengan tanggungjawab sebagai menteri Kabinet,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Amri berkata, menjadi satu masalah besar apabila terdapat segelintir pihak yang menyertai arena politik negara tanpa melalui proses transformasi atau pelapis di bawah parti politik sejak peringkat awal.

Beliau mengambil contoh bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik sebagai pemimpin muda yang “bermasalah”.

“Bayangkanlah, sampai diberhentikan daripada menjadi seorang menteri. Jadi, buka soal tua atau tidak tua. Itu tidak penting. Kerana pengalaman akan mendewasakan mereka mendahului umur.”

Sementara itu, penganalisis politik James Chin yang berpangkalan di Australia berkata terdapat dua sebab utama mengapa ahli-ahli politik veteran dapat memegang kuasa.

Katanya, sebab pertama adalah akibat sistem “patronage” atau naungan yang menyaksikan ramai pihak boleh diangkat untuk memegang jawatan seperti faktor wang sedangkan ahli politik muda tidak mempunyai sumber-sumber yang mencukupi yang menyebabkan mereka ketinggalan.

“Sebab kedua Malaysia mempunyai masih ramai pemimpin tua kerana rata-rata masyarakat di negara Asia bersikap konservatif kerana mengaitkan umur dengan kebijaksanaan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Dalam pada itu, Shamsul Amri berkata negara-negara luar berupaya memiliki pemimpin di usia yang muda kerana sistem pendidikan mereka memberikan pendedahan kepada sistem berpolitik di peringkat awal terutamanya di sekolah dah universiti.

Atas sebab itu, tidak menjadi sesuatu yang pelik jika negara seperti Finland boleh menobatkan Sanna Marin sebagai perdana menteri pada usia 33 tahun kerana beliau dibentuk untuk menjadi pemimpin melalui kesatuan mahasiswa di universiti.

Katanya, tempoh pengajian selama lima hingga enam tahun di universiti menjadi tempat untuk menyemai ilmu dan pengetahuan terhadap strategi berparti, kemahiran membentuk idea-idea baru dan berhujah dalam pembuatan dasar.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Malaysia, Gavi tunggu tarikh memuktamadkan perjanjian bersama Covax

Penyertaan Covax yang bakal memberikan jaminan untuk mendapatkan vaksin kepada 10% populasi rakyat Malaysia.

DAP gesa beri laluan kepada Umno di Gerik

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata langkah itu bertujuan mengekang risiko penularan wabak Covid-19.

For health’s sake, don’t contest in Gerik, DAP tells Umno rivals

DAP secretary-general Lim Guan Eng says public safety should come first.

Muhyiddin gesa Asean, India berganding bahu ke arah pemulihan pasca-pendemik

Malaysia bersama semua anggota Asean sedia bekerjasama dengan India dalam pembangunan dan penghasilan vaksin Covid-19.

Pemergian Mohamad Bakar kehilangan besar bola sepak Malaysia

Mengharumkan nama Malaysia ketika beraksi di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman (ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat) selain membantu Malaysia meraih gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran.