Sunday, March 7, 2021

Cadangan kembalikan Akta Antiberita Tidak Benar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada menteri komunikasi dan multimedia.

Other News

Trend jangkitan Covid-19 terus menurun, catat bawah 2,000 kes baru

Malaysia catat 1,683 kes baru Covid-19 hari ini.

New cases still under 2,000 as recoveries stay ahead

1,683 new cases, 2,506 recoveries.

Kerjasama Bersatu-Umno di Sabah wujudkan kestabilan politik

Keputusan PRN Sabah tahun lepas menunjukkan hasrat rakyat di Sabah untuk melihat satu bentuk perpaduan erat antara parti dalam GRS.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin

Perdana menteri selesai menunaikan ibadah umrah.

BN rejects Ahmad Maslan as sec-gen in another blow to Zahid

This is the second time Zahid's choice of Barisan Nasional secretary-general has not gone down well with coalition leaders.

Cadangan untuk mengembalikan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang dimansuhkan sebelum ini, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada menteri komunikasi dan multimedia berhubung akta tersebut serta mekanisme dilakukan kementerian bagi membendung masalah penyebaran berita palsu, terutamanya berkaitan pandemik Covid-19.

Selain itu, Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) akan mengajukan soalan kepada menteri pengajian tinggi mengenai status semasa rasionalisasi pejabat-pejabat Education Malaysia di luar negara, manakala Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bertanya kepada menteri kanan pendidikan mengenai pelaksanaan pendidikan dalam talian semasa wabak Covid-19 dan keberkesanannya.

Usai sesi itu, menteri kewangan akan mengemukakan Rang Undang-undang Kewangan 2020 untuk bacaan kali pertama.

Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari kelima.

Sidang Dewan bermula minggu ini akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas – dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

BN, PH come together with identical statements signed by Zahid and Anwar

Two statements issued after top leaders' meetings are identical in language, tone and order.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Menteri perjelaskan mengapa Parlimen tidak boleh bersidang

Separuh daripada ahli Parlimen berada dalam kumpulan berisiko tinggi kerana berumur lebih 60 tahun.

Minister tells why Parliament won’t be convening

Law minister Takiyuddin Hassan says this has to do with the government's focus on battling the Covid-19 pandemic.
00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.