Wednesday, August 4, 2021

Annuar Musa cadang pembentukan ‘grand coalition’ libatkan Pejuang, Warisan

Sudah terlalu lama politik Malaysia berlegar sekeliling dua tiga personaliti dan bukan atas dasar perjuangan.

Other News

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa hari ini mencadangkan satu pembentukan kerajaan “grand coalition” melangkaui parti-parti Melayu yang sealiran demi kestabilan demi kestabilan politik negara.

Annuar yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) berkata, sudah terlalu lama politik Malaysia berlegar sekeliling dua tiga personaliti dan bukan atas dasar perjuangan.

“Saya ingin menganjurkan pembentukan suatu grand coalition yang melibatkan sekurang kurangnya 12, 13 parti politik yang sealiran.

“Mari kita garabkan penyatuan dan muafakat besar(Gabungan/Muafakat Nasional) yang melibatkan BN, PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)…Gabungan ini terhasil daripada muafakat dan kerjasama berkesan anggota dalam kerajaan Perikatan Nasional.

“Beberapa parti yang bebas atau menolak Pakatan Harapan (PH) boleh dibawa bersama. Warisan, Muda, Pejuang, Berjasa, IPF, Makkal, PCM dan lain-lain.

“Yang penting kita tinggalkan politik yang berlegar sekeliling personaliti dan kita semarakkan politik penyatuan ummah yang mendahulukan kestabilan,ketahanan nasional dan kepentingan rakyat,” tulis ahli Parlimen Ketereh itu dalam akaun Facebooknya hari ini.

“Saya ingin menganjurkan pembentukan suatu grand coalition yang melibatkan sekurang kurangnya 12, 13 parti politik yang sealiran.

Annuar berkata muafakat besar atau grand coalition ini sebagai satu persiapan kepada negara dalam berdepan dengan pasca Covid-19.

“Usaha penyatuan ummah harus menjadi tanggungjawab utama dan berterusan kita.

“Sudah berkali-kali politik nasional cuba diseret kerana mempertahan atau menentang individu. Cukup-cukuplah,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu.

Terdapat kebimbangan sebelum ini sekiranya Belanjawan 2021 tidak dapat diluluskan, pilihan raya umum terpaksa diadakan ketika penularan kes Covid-19 masih tinggi.

Minggu lalu, Presiden Amanah Mohamad Sabu mengumumkan kesemua ahli Parlimen partinya akan menolak Belanjawan 2021.

Kenyataan bekas menteri pertahanan itu dilihat bertentangan dengan nasihat Yang di Pertuan Agong agar semua ahli politik mengenepikan perbezaan bagi memastikan perang melawan Covid-19 berjaya.

Grand coalition atau muafakat besar pernah dilakukan perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Untuk menyatukan semua parti politik untuk kestabilan negara, Razak menubuhkan BN dengan turut menjemput parti-parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan untuk bersama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles