- Iklan -
Berita

1,208 kes baru Covid-19, 1,013 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 475 jangkitan baru.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pekerja sebuah restoran makanan di Chow Kit, Kuala Lumpur mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka semasa bekerja.
Beberapa pekerja sebuah restoran makanan di Chow Kit, Kuala Lumpur mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka semasa bekerja.

Sebanyak 1,013 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 34,785 kes atau 73.4%.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataannya berkata terdapat 1,208 kes baru jangkitan Covid-19 termasuk enam kes import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 47,417.

“Sebanyak 12,323 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 104 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 42 memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata kenyataan itu.

Katanya, terdapat pertambahan 3 lagi kes dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 309 orang.

Memperincikan jumlah kes baru hari ini, kenyataan itu berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 475 kes, diikuti Sabah 381; Selangor (185); Negeri Sembilan (48); Pulau Pinang (42); Labuan (30); Perak (21); Johor (9); Kedah (8); Sarawak (4); Melaka (2) dan masing-masing satu kes di Kelantan, Putrajaya serta Perlis.

Tiga kluster baru turut dikesan iaitu Kluster Plaza melibatkan daerah Kota Kinabalu, Kluster Kalabakan di Tawau di Sabah dan Kluster Jeri melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor.