Wednesday, March 3, 2021

Muhyiddin gesa Asean, India berganding bahu ke arah pemulihan pasca-pendemik

Malaysia bersama semua anggota Asean sedia bekerjasama dengan India dalam pembangunan dan penghasilan vaksin Covid-19.

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin Asean dan India berganding bahu memerangi Covid-19 dan menangani cabaran bersama dengan lebih responsif dan kohesif kerana banyak yang perlu dilakukan untuk pemulihan selepas wabak melanda.

Pada Sidang Kemuncak Asean-India ke-17 Khamis, beliau berkata, sudah masanya kedua-dua pihak meneroka kemungkinan kerjasama dalam pemulihan ekonomi selepas pandemik melanda dalam usaha mengekalkan kesalinghubungan rantaian bekalan serta memastikan aliran lancar bekalan perubatan, makanan dan keperluan.

Muhyiddin turut berkata, Malaysia bersama semua anggota Asean sedia bekerjasama dengan India dalam pembangunan dan penghasilan vaksin Covid-19.

Merujuk kepada usaha peringkat global yang sedang berlangsung bagi membangunkan dan mengeluarkan secara besar-besaran vaksin untuk Covid-19, beliau berkata, Malaysia menekankan pelalian itu seharusna diiktiraf sebagai barangan keperluan awam sejagat pada harga berpatutan dan mudah dimiliki semua.

Perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India terhadap bantuan yang dihulurkan kepada warga Asean terutama rakyat Malaysia yang terkandas di India sejak pandemik melanda.

“Saya sedar ini adalah suatu isu yang sukar ditangani, tetapi dengan setia kawan dan kerjasama antara kedua-dua kerajaan dalam perkara ini seperti yang sudah dibuktikan, kita dapat bersatu dalam menanganinya,” katanya.

Sementara itu, Malaysia percaya, Asean dan India boleh memperkukuh dan memperluaskan kerjasama sedia ada serta meneroka kolaborasi baharu dalam semua bidang kepentingan bersama.

Katanya, kedua-dua pihak seharusnya meningkatkan konsultasi politik dan keselamatan serta membangunkan agenda lebih proaktif dengan strategi dan keutamaan jelas menerusi pelbagai mekanisme Asean bertunjangkan prinsip Kepusatan Asean.

“Saya gembira untuk menyatakan, India amat komited dan sentiasa berusaha dalam mengukuhkan hubungannya dengan Asean. Ia tergambar menerusi minat ditunjukkan India untuk bekerjasama dengan Asean dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama maritim bagi menentukan prinsip, objektif dan elemen bersama dalam Kerjasama Asean Indo-Pasifik (AOIP) dan Inisiatif Asean Indo-Pasifik bersama India (IPOI),” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dalam bidang ini memberikan kesan besar dan terserlah menerusi dialog untuk memastikan persekitaran aman, boleh diramal dan stabil bagi rantau Indo-Pasifik.

Hubungan dialog Asean-India bermula di peringkat sektoral pada 1992 sebelum dinaik taraf menjadi anggota dialog penuh pada Disember 1995.

Ia kemudian diperkukuh dengan pembentukan Sidang Kemuncak Asean-India pada 2002 ketika sidang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.

Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Asean ke-37 secara maya yang dihoskan Vietnam selaku pengerusi Asean, bermula 12 hingga 15 November.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

First transgender police recruited in India

Chhattisgarh state police have recruited 13 transgender people as constables.

Sokong lompat parti tetapi bersyarat?

Tindakan melompat parti ini sememangnya menepati hak asasi seorang wakil rakyat yang dipilih.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

India, Pakistan militaries agree to Kashmir border truce in rare joint statement

Kashmir has long been a flashpoint between the neighbours, which both claim the region in full but rule only parts.

Supporters of Myanmar military coup attack protesters in Yangon

Indonesia is taking the lead in an attempt by Asean members to find a diplomatic solution to the crisis.