Thursday, November 26, 2020

Khidmat bekas peguam negara ditamatkan secara sah

Kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara (AG) pada 2018 dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.

Other News

Young families flying back to grandma for Thanksgiving, despite official pleas not to

'Thanksgiving is potentially the mother of all superspreader events.'

US Supreme Court sides with religious groups on virus rules

Services should not be treated differently from permitted secular gatherings, said the unsigned ruling.

Kerajaan Muhyiddin selamat, Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar

Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa pada Isnin 30 November.

No threat to Muhyiddin’s govt after budget passed

The budget bill was unanimously passed for a second reading.

Program i-Sinar KWSP diperluas kepada 8 juta pencarum terjejas

Had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia menegaskan tindakan mereka menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara (AG) pada 2018 adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan memohon mahkamah menolak saman Mohamed Apandi terhadap mereka.

Dalam penyataan pembelaan yang difailkan semalam,  kedua-dua defendan itu menyatakan bahawa tiada penyalahgunaan kuasa oleh defendan pertama iaitu Mahathir berhubung penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi  sebagai AG dan penamatan kontraknya sebagai pegawai undang-undang.

Mahathir dan kerajaan Malaysia menfailkan penyataan pembelaan yang ditandatangani Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara bagi menjawab saman yang kemukakan oleh Mohamed Apandi terhadap mereka yang menuntut ganti rugi RM2.2 juta berhubung penamatan kontraknya sebagai AG.

Kedua-dua defendan mendakwa tuntutan Mohamed Apandi yang merupakan plaintif dalam saman itu  tidak bermerit serta tersalah dari segi fakta dan undang-undang.

“Selanjutnya defendan-defendan menyatakan bahawa tiada apa-apa dalam pliding plaintif yang melayakkannya untuk diberikan ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi punitif,” kata kedua-dua defendan.

Mahathir dan kerajaan Malaysia juga menafikan tiap-tiap penyataan yang terkandung dalam penyataan tuntutan plaintif dan menyatakan bahawa dalam apa keadaan sekali pun, plaintif tidak berhak kepada relief-relif yang dipohon dalam penyataan tuntutannya.

“Defendan-defendan dengan rendah diri memohon agar tuntutan plaintif ditolak dengan kos,” kata mereka lagi.

Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abd Hamid.

Peguam Baljit Singh Sidhu yang mewakili Mohamed Apandi ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 3 Disember untuk pengurusan kes bagi plaintif menfailkan jawapan terhadap penyataan pembelaan defendan-defendan.

Kedua-dua defendan mendakwa tuntutan Mohamed Apandi yang merupakan plaintif dalam saman itu tidak bermerit serta tersalah dari segi fakta dan undang-undang.

Pada 13 Oktober, Mohamed Apandi memfailkan saman menamakan Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai AG yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu sebagai tidak sah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai AG pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak di antara beliau dan kerajaan Malaysia.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa wujud kegagalan pematuhan terhadap Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dalam pemecatannya dan bahawa pemecatannya sebagai AG adalah tidak mengikut undang-undang, dan oleh itu tidak sah.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas sebanyak RM2,233,599.36, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan/atau punitif, kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau berkata melalui surat bertarikh 27 Julai 2015 daripada Ketua Setiausaha Negara, beliau dimaklumkan bahawa Yang di Pertuan Agong telah memberi perkenan terhadap pelantikannya sebagai AG yang berkuat kuasa dari 27 Julai 2015 hingga 26 Julai 2018.

Bekas AG itu mendakwa pada 6 April 2018, Ketua Setiausaha Negara telah memaklumkan beliau bahawa Yang di Pertuan Agong pada 30 Mac 2018 telah memberi perkenan terhadap pelantikannya disambung selama tiga tahun lagi, berkuat kuasa pada 27 Julai 2018 dan akan tamat pada 26 Julai 2021.

Mohamed Apandi mendakwa Mahathir yang dilantik sebagai perdana menteri pada 10 Mei 2018 kemudian mula mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan integriti profesional beliau.

“Defendan pertama kemudian mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk memaklumkan arahan defendan pertama kepada plaintif agar plaintif mengambil cuti tanpa rekod selama 30 hari dari 14 Mei sehingga 14 Jun 2018,” katanya.

Beliau mendakwa arahan Mahathir itu adalah tidak sah dan mendakwa bahawa di bawah Perkara 145(5) Perlembagaan Persekutuan, pada semua masa yang material, beliau memegang jawatan itu atas perkenan Yang di Pertuan Agong.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kerajaan Muhyiddin selamat, Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar

Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa pada Isnin 30 November.

Kerajaan belum sedia bentang RUU 355 di Dewan Rakyat 

Kerajaan sedang melaksanakan beberapa proses penting yang perlu dikaji teliti dan dilaksanakan terlebih dahulu.

Tiada penghujung: Khabar angin bertuip kencang menjelang undi belanjawan

Pelbagai khabar angin dan spekulasi bertaburan menjelang undi Belanjawan 2021 petang ini.

Kerajaan belum putuskan lanjutan tempoh konsesi PLUS

Perjanjian PLUS sedang diteliti kerana membabitkan isu tol dan banyak perkara sensitif perlu dipertimbangkan.

Siapa suara sumbang dalam Umno?

Sanggupkah ahli-ahli Umno menerima parti menjadi pembangkang semula?