Friday, November 13, 2020

Kepayahan menjaga anak dalam pandemik

Pusat penjagaan kanak-kanak amat penting untuk perkembangan si kecil, tetapi pandemik Covid-19 membantutkan proses itu setelah taska dan tadika terpaksa ditutup.

Other News

Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya

Pihak Air Selangor berkata mereka menghargai kesabaran pengguna di kawasan terjejas.

Semua ahli Parlimen Amanah akan tolak Belanjawan 2021

Amanah hanya akan menyokong Belanjawan 2021 jika permintaan mereka ditunaikan.

Death toll in typhoon-hit Philippines rises to 14

Some deaths are still being verified, suggesting the toll is likely to rise.

Amanah MPs to reject 2021 budget

Party president Mohamad Sabu says they will only support the budget motion if several conditions are met.

Suu Kyi’s party wins absolute majority in Myanmar polls

The National League for Democracy has won 346 seats – more than 50% of parliament.

Seorang ibu Moon Leong, 33, amat berpuas hati dengan pusat jagaan anak perempuannya Li Lee yang berusia dua tahun enam bulan.

Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada awal Oktober lalu, dia mula menyedari beberapa masalah berbangkit.

Pusat jagaan itu bukan sahaja mengehendaki Leong dan suaminya membayar 90% daripada yuran bulanan berjumlah RM1,300 sepanjang tempoh PKPB walaupun Li Lee berada di rumah, mereka juga mula menghantar video pada setiap pagi berserta arahan, “Biar anak anda tonton, dan ajarnya menerusi video ini.”

Leong mengerti, pusat jagaan itu memerlukan sumber kewangan untuk kekal beroperasi, tetapi dia mahu mereka kurangkan yuran bulan sebanyak 50%.

Baru-baru ini, pusat jagaan itu menghantar sepucut surat kepadanya memberitahu mereka akan kembali beroperasi pada minggu depan, tetapi sebelum mereka boleh menerima kembali Li Lee, Leong perlu menyertakan surat majikan mengatakan dia perlu bekerja di pejabat dan bukannya dari rumah.

Leong dalam dilema sama ada untuk terus membayar yuran pusat jagaan itu atau dia berhenti kerja dan menjaga sendiri anaknya.

Azlan Malik, 49, seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia empat dan tujuh tahun, tidak boleh bekerja dari rumah kerana kerjanya dalam bidang perbankan memerlukannya untuk berada di pusat operasi perbendaharaan bagi memantau pergerakan pasaran dalam masa nyata.

Bekas isterinya sudah berkahwin dengan warganegara asing dan kini menetap di luar negara.

Saudara-mara perempuan terdekat dengannya sama ada sudah tua atau tinggal terlalu jauh untuk menghulurkan tangan.

Dia keluar kerja tepat pukul 7 pagi setiap hari. Menyelesaikan masalah logistik pusat jagaan anak-anaknya sesuatu yang menyakitkan hati.

Dia terpaksa mencari pengasuh daripada kawasan rumah flat berhampiran yang menjaga anak-anaknya bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam. Dia membayar RM500 seminggu.

Situasi itu dialami dalam semua keluarga di Malaysia, dengan sedikit perbezaan dalam isi rumah berpendapatan rendah, yang mana ketua keluarga mungkin seorang ibu tunggal bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Bagi ibu bapa, mencari pusat jagaan kanak-kanak ketika pandemik begitu sukar, namun masalah terbesar kesan daripada penutupan pusat tersebut atau penamatan perkhidmatan pusat jagaan bertauliah ialah kesejahteraan kanak-kanak itu sendiri.

Masalah jangka panjang turut berlaku. Terdapat kesan negatif melibatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh, dan wujud kebimbangan mengenai pertumbuhan kanak-kanak.

Sekiranya dibiarkan, negara mungkin menyaksikan ketaksamaan dalam generasi tenaga kerja bermula dari sekarang.

Leong dalam dilema sama ada untuk terus membayar yuran pusat jagaan atau dia berhenti kerja dan menjaga sendiri anaknya.

Semalam, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata, pusat jagaan kanak dan taman asuhaan kanak-kanak, yang ditutup ketika PKPB, akan dibenarkan beroperasi kembali secara bersyarat selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri masing-masing.

Menterinya, Rina Harun berkata, pihak kementerian memahami keperluan sektor ekonomi untuk kekal berfungsi, dengan ibu bapa terpaksa meninggalkan rumah keluar bekerja.

Tetapi dengan kebanyakan pekerja sekarang ini diarah bekerja dari rumah, dan kebimbangan ibu bapa mengenai tahap kesihatan anak-anak mereka, masa depan pusat jagaan kanak-kanak masih samar-samar.

Kepentingan penjagaan anak dengan betul 

Satu laporan Institut Penyelidikan Khazanah pada bulan Oktober 2019, menggariskan isu-isu penting yang berpunca daripada akses tidak mencukupi hingga ke cara penjagaan kanak-kanak yang betul sebelum wujud pandemik.

Laporan bertajuk “Time to Care: Gender Inequality, Unpaid Care Work and Time Use Survey” berkata kerja menjaga rumah tangga yang tidak bergaji merupakan isu mendesak negara dan beban itu ditanggung wanita.

Laporan itu memberi penekanan mengenai “perkhidmatan penjagaan kanak-kanak secara formal mungkin sukar diakses atau di luar kemampuan, dengan kebanyakan isi rumah di Kuala Lumpur berbelanja sebanyak 15% daripada gaji mereka untuk yuran penjagaan anak”.

Dalam Belanjawan 2021 peruntukan sebanyak RM50 juta dicadangkan untuk menyediakan dan menaiktaraf pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan prasekolah di premis-premis kerajaan, hospital serta pejabat di sektor swasta.

Seorang pakar berkata, langkah itu selangkah ke hadapan daripada belanjawan terdahulu yang terhad kepada pengecualian cukai untuk para majikan yang menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di premis mereka.

Shanthi Thambiah, seorang profesor di Universiti Malaya, pernah melakukaan penyelidikan untuk Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kesan sosio-ekonomi ke atas perkembangan kanak-kanak.

Beliau menggesa orang ramai untuk memberi fokus mengenai kesan terhadap kanak-kanak terperuk dalam rumah ketika pelaksanaan PKPB.

“Kelebihan kanak-kanak yang berada di pusat jagaan profesional dan diperakui seperti belajar bagaimana untuk bersosial, mampu membantu mereka mengasah kemahiran bahasa mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Cara bagaimana jadual itu disusun antara waktu belajar, bermain dan rehat amat penting buat kanak-kanak.”

Satu laporan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) turut menyokong kenyataan tersebut, tambah Shanthi.

Hasil penemuan itu menyakinkan suri rumah sepenuh masa dan ibu-ibu di Eropah untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan dalam tempoh beberapa jam hanya untuk memberi pendedahan kepada persekitaran sosial dengan kanak-kanak lain.

“Pendedahan persekitaran sosial itu merupakan pelaburan amat penting untuk masa kanak-kanak,” katanya.

Belajar bekerjasama, menjadi sebahagian daripada kumpulan, menghormati guru dan orang lain dan pelajari nilai-nilai sikap dan tingkah laku di sekolah membantu anak-anak untuk berkembang menjadi lebih baik.

Shanthi berkata, “Di pusat jagaan kanak-kanak, berkongsi mainan, buku dan makanan dimulakan di peringkat awal usia.

Terkurung di rumah dengan ibu bapa dalam jangka masa panjang ketika pelaksanaan PKPB, terutama dalam keluarga berpendapatan rendah dengan pilihan terhad, mungkin menyebabkan kemahiran bersosial anak-anak berkurang, Shanthi memberi amaran.

Kebergantungan kepada aturan penjagaan kanak-kanak tidak formal di mana anak-anak tinggal dalam kawasan terhad dalam sebuah apartmen dengan ruang sempit untuk bermain, katanya, boleh menjejaskan perkembangan fizikal, kognitif dan emosi anak itu. “Kita perlu ada pusat jagaan kanak-kanak yang profesional,” tegasnya

Secara idealnya, Shanthi berkata, beban dalam memelihara anak-anak di rumah harus ditanggung bersama oleh kedua-dua ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, namun dia memahami realitinya.

“Ramai pekerja wanita hanya mula membuat kerja selepas memasak, membersih dan selesai mencuci, dan ketika itu suami serta anak-anak masih nyenyak tidur.

“Ini bermakna bos-bos hanya akan menerima e-mel daripada staf wanitanya lewat malam, dan juga ia disebabkan mereka terpaksa berkongsi komputer riba dengan anak-anak di siang hari bagi mengikuti kelas dalam talian.”

Disebabkan lebih ramai pekerja yang bekerja dari rumah semasa pelaksanaan PKPB, keperluan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja berkurang.

Keadaan itu mungkin menyebabkan majikan berfikir tiada keperluan untuk kemudahan seperti itu perlu disediakan jika bekerja dari rumah menjadi norma baru biarpun selepas wabak berakhir.

Shanthi memberitahu MalaysiaNow, “Walaupun kerajaan menyuarakan sokongan terhadap penyediaan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, para majikan sepatutnya harus turut menyokong inisiatif ini kerana jika tenaga kerja profesional digunakan untuk bekerja di pusat-pusat ini, ia juga secara tidak langsung mewujudkan peluang kerja baru.”

 

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

919 kes baru Covid-19, 996 pulih, 1 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 43,791 kes.

Tangguh projek pembangunan, utamakan perbelanjaan Covid-19, kata Dr Mahathir

Tumpu pulihkan ekonomi akibat Covid-19 dan elak ubah suai atau besarkan pejabat.

Wakil pembangkang dalam mesyuarat Covid-19?

Cadangan itu dibuat beberapa menteri yang merasa terkilan terhadap kenyataan seorang ahli Parlimen yang menuduh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai “takut mati”.

Pihak berkuasa cari jalan elak bom jangka Covid-19 berhampiran Putrajaya

Kuasa budi bicara mungkin digunakan bagi membolehkan penghantaran pendatang asing tanpa izin pulang tanpa perlu ke depot tahanan imigresen.

Covid-19 ganggu rutin pembelajaran murid pendidikan khas

Murid pendidikan khas hadapi kesukaran menyesuaikan diri mengikuti kelas dalam talian.