- Iklan -
Berita

1,304 kes baru Covid-19, 900 pulih, 1 lagi kematian dilaporkan

Sabah catat 556 kes jangkitan baru

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua lelaki memakai pelitup muka sedang sibuk membeli barang keperluan sempena sambutan Deepavali esok, di Brickfield, Kuala Lumpur.
Dua lelaki memakai pelitup muka sedang sibuk membeli barang keperluan sempena sambutan Deepavali esok, di Brickfield, Kuala Lumpur.

Sebanyak 900 pesakit yang menerima rawatan Covid-19 telah sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih kini berjumlah 32,969 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya sebanyak 1,304 kes baru jangkitan Covid-19 dikesan termasuk 4 kes import, menjadikan bilangan terkumpul penularan pandemik itu dalam negara berjumlah 45,095 orang.

“Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes baru atau 42.6% daripada kes keseluruhan, Lembah Klang pula merekodkan 567 jangkitan,” katanya pada sidang media hariannya.

Tambah Noor Hisham seramai 11,822 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 96 dirawat di Unit Rawatan Rapi termasuk 39 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 1 lagi kematian baru dilaporkan, menjadi jumlah mereka yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 304 orang,” katanya.