Saturday, November 28, 2020

Pihak berkuasa cari jalan elak bom jangka Covid-19 berhampiran Putrajaya

Kuasa budi bicara mungkin digunakan bagi membolehkan penghantaran pendatang asing tanpa izin pulang tanpa perlu ke depot tahanan imigresen.

Other News

Pemuda DAP gesa parti pertimbang berpisah dengan PKR, bubarkan PH

Gesaan itu dibuat sekiranya Anwar Ibrahim tidak memohon maaf kepada parti sekutu dan rakyat Malaysia kerana tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021.

North Korean hackers ‘targeting AstraZeneca researchers’ for Covid-19 vaccine secrets

Cyberattacks against vaccine scientists and drug makers have soared during the Covid-19 pandemic.

24 hours after sitting out budget vote, PH MPs still target of online scorn

Social media users say the opposition had called for the budget to be rejected but made no move to do so themselves.

Gagal tolak belanjawan, wakil rakyat PH dikecam pengguna media sosial

Kecaman itu dilakukan selepas Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dengan mudah.

Belanjawan 2021 sudah tak boleh ditolak, PH gadai sokongan rakyat, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri itu berkata, PH yang dipimpin Anwar Ibrahim sanggup berkompromi, menolak prinsip dan menggadaikan sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kuasa budi bicaranya dalam usaha mengelak berlakunya bom jangka pandemik covid-19 seperti diberi amaran oleh pihak berkuasa kesihatan berdekatan pusat pentadbiran negara, MalaysiaNow difahamkan.

Dalam satu perbincangan peringkat tertinggi kebelakangan ini dikatakan memberi fokus mengenai pekerja asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di kawasan-kawasan sekitar Sepang, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tangkapan besar-besaran pendatang asing tanpa izin di Kuala Lumpur yang menimbulkan kontroversi ketika negara berhadapan pandemik Covid-19 masih segar dalam ingatan, di mana pihak berkuasa berpendapat ada cara lain yang boleh dilakukan bagi mengelak kewujudan kluster baru membabitkan pekerja asing tanpa izin.

“Kebanyakan mereka tinggal dalam ruang yang sempit, yang mungkin mengulangi nasib serupa seperti yang berlaku di Singapura,” kata satu sumber yang terlibat dalam perbicangan itu, dengan merujuk kepada kes Covid-19 yang berlaku di negara jiran membabitkan asrama pekerja asing, awal tahun lalu.

Salah satu tempat seperti yang digambarkan adalah Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan KLIA, di mana kelibat pekerja asing tinggal di asrama dan bilik sewa sempit adalah pemandangan biasa.

Kawasan itu disekat semua aktiviti harian sejak semalam selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Terdapat potensi berlaku ‘bom jangka’ kerana kebanyakan pekerja tersebut bekerja di lapangan terbang serta kedai-kedai runcit dan pusat beli-belah di Putrajaya. Penularan virus Covid-19 dalam kalangan mereka bakal mencetuskan bencana dalam logistik kesihatan,” kata sumber itu.

MalaysiaNow difahamkan antara penyelesaian yang dicadangkan termasuk menghantar pekerja asing itu, yang kebanyakan kehilangan pekerjaan dan kini berusaha meneruskan hidup di kawasan pinggir bandar dan ibu kota kembali ke negara asal.

Ini bermaksud pekerja-pekerja itu tidak akan melalui prosedur imigresen dengan menahan mereka terlebih dahulu di depot, yang sebelum ini pihak berkuasa menerima kritikan hebat selepas tercetus kluster pusat tahanan pada Mei lalu.

Salah satu tempat seperti yang digambarkan adalah Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan KLIA, di mana kelibat pekerja asing tinggal di asrama dan bilik sewa sempit adalah pemandangan biasa.

Awal tahun lalu, sebuah kumpulan hak asasi manusia menyatakan kekecewaan terhadap pihak berkuasa kerana menahan pendatang asing ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), walaupun pihak kerajaan memberi jaminan untuk tidak menggangu mereka ketika pandemik.

Mereka berkata penahanan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak dalam keadaan bersesak mungkin meningkatkan risiko mereka dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, cadangan menghantar pendatang asing tanpa dokumen itu pulang ke negara asal mereka tanpa perlu ke pusat tahanan, atau pendakwaan terkandung dalam perundangan.

Akta Imigresen memberikan kuasa kepada ketua pengarah imigresen untuk mengusir mana-mana warganegara asing tanpa menunggu proses mahkamah.

“Secara efektif, ia akan berfungsi seperti memberi pengampunan, kecuali dalam kes ini pendatang asing tersebut tidak mempunyai pilihan kecuali pulang ke negara asal mereka,” kata satu sumber yang biasa dengan perbincangan peringkat tertinggi melibatkan pelbagai agensi dalam usaha memerangi Covid-19.

Difahamkan, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara serius sedang mempertimbangkan cadangan itu, berdasarkan kepada pengalaman lepas di mana pihak berkuasa menghadapi kesukaran mengekang penularan Covid-19 di pusat tahanan dan penjara.

“Apa yang dilakukan ia memendekkan tempoh masa membabitkan prosedur undang-undang melibatkan pendatang yang ditahan, terutama ketika masa itu terlalu berharga dalam usaha berperang dengan Covid-19,” kata sumber itu.

“Kebiasaannya, pihak berkuasa akan berhubungan dengan kedutaan asing ketika pendatang tanpa izin ditahan, tetapi dalam hal ini, terdapat kekurangan tenaga kerja dan sumber untuk mengekalkan cara konvensional.”

Namun timbul persoalan sama ada pihak kerajaan asing bersedia menerima kembali warganegara mereka yang dihantar pulang.

“Itu masalah di kemudian hari. Tetapi buat masa sekarang, kebimbangan adalah untuk mengelak bom jangka Covid-19 yang boleh mendatangkan risiko dijangkiti kepada rakyat dan warganegara asing dalam negara ini”, tambah sumber itu.

Pada Mei lalu, ratusan pendatang tanpa izin ditahan di beberapa pusat tahanan imigresen di Lembah Klang dijangkiti virus Covid-19, mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia mengenai cara pihak berkuasa mengendali stigma masyarakat.

Kebanyakan pendatang yang ditahan adalah dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India dan Pakistan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,109 kes baru Covid-19, 1,148 pulih, 2 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 61,861 kes.

935 kes baru Covid-19, 2,555 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 60,752 kes.

970 kes baru Covid-19, 2,348 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 12,971 kes aktif direkodkan.

2,188 kes baru Covid-19, 1,623 di Selangor

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 58,847 kes.

Bekas menteri bidas pengeluar sarung tangan Top Glove selepas lebih 1,000 pekerja dijangkiti Covid-19

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan syarikat itu perlu dikenakan ‘cukai durian runtuh’ kerana keuntungan luar biasa mereka.