- Iklan -
Berita

Malaysia tidak akan layan sebarang tuntutan ke atas Sabah

Peruntukan terbesar kepada Sabah dan Sarawak dengan harapan sokongan terus diberikan kepada Malaysia.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Kakitangan Pos Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di Kinarut, Sabah.
Kakitangan Pos Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di Kinarut, Sabah.

Kerajaan tetap berpendirian tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah malah akan sentiasa mempertahankan kedaulatan negeri tersebut sebagai sebahagian daripada negeri di Sabah, kata Timbalan Menteri Luar Negeri Kamarudin Jaffar.

Katanya, Sabah sudah diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September, 1963 berdasarkan Perjanjian Suruhanjaya Cobbold.

Katanya, ini membuktikan tuntutan negara lain terhadap Sabah adalah tidak berasas dan tidak relevan.

Sehubungan itu kerajaan bertegas tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba untuk mengiktiraf Sabah.

“Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan oleh PBB pada 1 Ogos 1962 sahkan bahawa dua pertiga rakyat Sabah sendiri yang memilih untuk menyertai Malaysia pada 1 963. Oleh demikian, setiausaha agung PBB melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

“Setiap kali isu tuntutan Sabah timbul, kementerian luar negeri akan menolak kenyataan-kenyataaan tersebut sama ada kemukakan nota bantahan, mengeluarkan kenyataan media atau memanggil duta besar Filipina.

“Tindakan sedemikian adalah pendirian Malaysia dan statusnya Sabah dalam negara Malaysia. Kerajaan sentiasa memandang serius akan tindakan untuk cuba membangkitkan isu ini sekali lagi dan tidak akan berganjak dari mana-mana pihak yang cuba mencemarkan perkara itu. Sabah tetap merupakan negeri dari Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang bertanya tentang status kedudukan Sabah berkaitan isu tuntutan negara Filipina serta tindakan diambil bagi memastikan tidak lagi timbul isu ini.

Menurut Kamarudin kerajaan sedang melaksanakan tindakan serius dan kajian dengan lebih teliti bagi memastikan perkara ini tidak lagi berulang.

“Kerajaan ambil tindakan-tindakan yang pertamanya memastikan cubaan dan rancangan serius untuk melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 yang berkaitan Sabah dan Sarawak. Seluruh rakyat Malaysia di Sabah kekal sokong untuk berada di Malaysia.

“Kedua, belanjawan baru-baru ini yang diumumkan oleh menteri kewangan merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah yang bukan sahaja untuk negara tetapi Sabah dan Sarawak. Jadi inilah tindakan dan harap memastikan rakyat di Sabah menyokong sepenuhnya dalam keberadaan mereka di Malaysia.

“Dan perlu menangkis mana-mana negara untuk cuba mengambil negeri Sabah daripada negara-negara lain.”