Tuesday, February 23, 2021

Anugerah Bintang Popular bukan aktiviti terlarang, kata menteri

Ia merupakan industri kreatif dan tidak tersenarai di bawah senarai terlarang, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Other News

Lebih 1,000 pendatang Myanmar dihantar pulang hari ini

Program penghantaran pulang itu merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan proses pengusiran oleh Jabatan Imigresen bagi tahanan yang ditempatkan di depot.

Kelonggaran rentas daerah, negeri hantar anak ke sekolah dibincang esok

Keputusan perbincangan itu akan diumumkan Khamis ini dengan mengambil kira sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Over 1,000 Myanmar nationals deported despite court order

Immigration chief Khairul Dzaimee Daud says 1,086 migrants have been sent back on three Myanmar navy ships.

Hong Kong to disqualify disloyal politicians, officials

A list of offences includes acts that endanger national security, advocating for independence or refusing to accept China's sovereignty over Hong Kong.

Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dikategorikan sebagai industri kreatif yang tidak tersenarai di bawah senarai terlarang, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya oleh kerana ABPBH tidak disenaraikan di bawah senarai terlarang PKPB, penganjur ABPBH berkenaan tidak mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Jawatankuasa Teknikal MKN yang dipengerusikannya, berhubung penganjuran acara itu.

“Tapi, saya lihat oleh kerana banyak bantahan seperti ini di media sosial, Insya-Allah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Saifuddin Abdullah) tentu sekali tahu perkara ini, saya serahkan kepada KKMM untuk berbincang dengan MKN sekiranya ada perubahan,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan PKP Pemulihan di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat gesaan daripada banyak pihak supaya penganjuran ABPBH dibatalkan, kerana bimbang kemungkinan tiada penjarakan fizikal walaupun pihak penganjur memberi jaminan patuh pada SOP seperti diadakan secara maya dan tiada penonton.

Ismail Sabri berkata berbeza dengan penganjuran aktiviti bola sepak yang melibatkan sentuhan fizikal dan rentas negeri, sukan itu juga di bawah senarai perkara terlarang dalam SOP PKPB yang pertama diperkenal dahulu kerana membahayakan pemain.

“Manakala persembahan hiburan telah pun dimasukkan dalam SOP PKPB yang lepas (lama) adalah di luar daripada perkara negative lists (senarai negatif)… sebab itu tiada rayuan dibuat daripada penganjur hiburan yang dibuat kepada saya atau Sidang Khas MKN.

Sebelum ini terdapat gesaan daripada banyak pihak supaya penganjuran ABPBH dibatalkan, kerana bimbang kemungkinan tiada penjarakan fizikal walaupun pihak penganjur memberi jaminan patuh pada SOP seperti diadakan secara maya dan tiada penonton.

“Mereka (penganjur hiburan) mungkin ikut SOP yang diputuskan bersama KKMM (Kementerian  Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan MKN dulu apabila kita umumkan kebenaran seperti SOP yang ketat tiada penonton, wajib pakai pelitup muka dan jumlah kru yang minimum serta dipantau oleh polis dan KKM. Jika ada perlanggaran, penganjur akan diambil tindakan, saya difahamkan begitu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kebenaran berjumpa bagi pasangan jarak jauh atau lebih dikenali ‘PJJ’ antara suami dan isteri adalah dibenarkan sepanjang tempoh PKPB, bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada kelulusan polis.

“Mungkin ada suami bekerja di Kuala Lumpur dan isteri di tempat lain atau hujung minggu nak jumpa anak-anak, kita benarkan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kecam, ketawakan guru sains DidikTV adalah perbuatan buli siber, kata menteri

KKMM juga bersedia menawarkan bantuan kepada KPM, dalam penyediaan kandungan DidikTV.

Lebih 2 penumpang dibenarkan dalam satu kenderaan di kawasan PKP

Kelonggaran itu berkuat kuasa esok.

PKP dilanjutkan hingga 18 Februari

Perintah kawalan pergerakan (PKP), yang akan berakhir pada 4 Februari ini dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Sektor ekonomi ketika PKP tidak akan ditutup sepenuhnya, kata menteri

Keputusan itu diambil kerajaan bagi mengimbangi kelangsungan hidup dan kesihatan rakyat ketika pandemik Covid-19.

Kedai runcit, farmasi dibenarkan dibuka hingga 10 malam bermula esok

Kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi dan kedai cermin mata turut dibenarkan beroperasi hingga 10 malam.