- Iklan -
Berita

822 kes baru Covid-19, 769 pulih, 2 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,497 kes aktif direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita memakai pelitup muka dilihat memilih dekorasi Deepavali di sebuah kedai di Brickfields, Kuala Lumpur.
Seorang wanita memakai pelitup muka dilihat memilih dekorasi Deepavali di sebuah kedai di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sebanyak 822 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk tujuh jangkitan import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 42,872, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, seramai 769 pesakit yang sebelum ini dirawat di hospital di seluruh negara dibenarkan pulang selepas pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,073 orang.

“Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes baru atau 31.5% daripada kes keseluruhan manakala Lembah Klang pula merekodkan 202 jangkitan atau 24.6%,” kata Ketua Pengarah Kesihatan itu dalam sidang media hariannya.

Noor Hisham berkata, kes aktif kini berjumlah 11,497 dan kesemua pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 86 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 30 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 302 orang,” katanya.