Tuesday, March 2, 2021

Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai

Keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas kedua-dua jenazah juga difahamkan negatif.

Other News

First transgender police recruited in India

Chhattisgarh state police have recruited 13 transgender people as constables.

Consider private doctors as first phase frontliners, medical group tells govt

The Malaysian Medical Association says private healthcare workers are among the first to be directly exposed to patients with symptoms of Covid-19.

Pengeluar kertas terbesar Asia tambah pelaburan RM5.4 bilion di Malaysia

Syarikat Nine Dragons Paper Syarikat tersenarai di papan utama Bursa Hong Kong.

Penguasaan proton cecah tahap tertinggi, 27.1% dalam tujuh tahun

Proton mengakhiri Februari dengan gandaan jualan mengatasi angka Januari 2021 sebanyak 5,964 unit.

China’s Muslim crackdown reaches tropical paradise island 

A Muslim commentator says Beijing wants Muslim ethnic groups throughout China to lose any sense of unity their religion provides.

Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dibawa keluar dari bilik mayat  Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), selepas selesai dibedah siasat, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah allahyarham Sabri, 56, kemudian dibawa oleh kenderaan jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak untuk disolatkan sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Melati serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Bernama yang berada di lokasi turut dimaklumkan bahawa proses bedah siasat seorang lagi mangsa nahas, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Selepas selesai  bedah siasat, jenazah Mohd Irfan dijangka akan dibawa ke Surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil selepas dimandikan di HCTM untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan di Subang USJ22.

Terdahulu, kira-kira 20 waris kedua-dua mangsa dilihat menunggu proses bedah siasat di bilik jenazah hospital, selepas membuat pengecaman terhadap jenazah mangsa.

Keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas kedua-dua jenazah juga difahamkan negatif.

Mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian juga dilihat hadir di bilik mayat HCTM pada pukul 10.30 pagi dan meninggalkan lokasi berkenaan pada kira-kira pukul 11.50 pagi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kanak-kanak didera hingga lemas selamat dikebumikan di Jasin

Pengebumian itu dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Awam dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beberapa daerah di Pahang ibarat lautan ‘teh tarik’

Beberapa pekan utama di negeri itu berubah seperti air sungai yang keruh berwarna lumpur.

Laporan audit: Polis bayar RM3.47 juta selenggara 2 helikopter tidak aktif lebih 3 tahun

Pengauditan itu dilaksanakan untuk menentukan bayaran penyenggaraan mengikut peraturan dan kontrak yang sedang berkuat kuasa.

Laporan bedah siasat mangsa helikopter terhempas diserah kepada polis

Bedah siasat kedua-dua mangsa masing-masing selesai pada pukul 11.15 pagi serta pukul 1.15 tengah hari tadi.

Helikopter terhempas di Taman Melawati selepas perlanggaran di udara

2 maut manakala 2 lagi dilaporkan selamat.