Wednesday, December 2, 2020

Perbahasan Belanjawan 2021 jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Dalam persidangan hari ini, hanya 80 orang ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat pada satu-satu masa.

Other News

Western social media giants increasingly forced to censor Vietnam posts, says Amnesty report

Vietnam authorities have never banned social media companies but are increasingly 'requesting' they restrict 'anti-state' posts.

1,472 kes baru Covid-19, 891 di Selangor

Sebanyak 1,552 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan.

1,472 new cases, more than half in Selangor

Three more deaths take toll to 363.

Arab Saudi izin pesawat Israel guna ruang udaranya  

Pentadbiran Tel Aviv meminta Washington untuk meyakinkan Arab Saudi supaya membenarkan penggunaan ruang udaranya.

Guru tadika dipenjara 10 hari, denda RM1,500 kerana curi bedak 

Bedak yang dicuri berharga RM60.70.

Sidang Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas dibentangkan Jumaat lepas.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, perbahasan akan bermula sebaik selesai sesi soal jawab lisan yang akan membuka tirai hari keenam persidangan itu, yang mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas – dibenar berada dalam dewan pada satu-satu masa.

Tumpuan pada persidangan yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu turut terarah kepada isu kekurangan peluang pekerjaan bagi siswazah dan penjajahan Palestin yang merupakan antara pertanyaan pada sesi soal jawab lisan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) akan mengajukan soalan kepada menteri sumber manusia mengenai langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk siswazah baru serta pekerja yang diberhentikan akibat kemelesatan ekonomi tahun ini.

Selain itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) akan meminta menteri luar menyatakan langkah-langkah proaktif bersama badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menyuarakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi Israel untuk mengiktiraf penjajahan ke atas Palestin.

Johari Abdul (PH-Sungai Petani) pula akan mengemukakan soalan kepada menteri pertanian dan industri makanan mengenai jumlah benih padi baru yang dihasilkan pusat penyelidikan sejak 2008 hingga kini.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

5-0 as plantations ministry budget passed

108 vote in favour, 95 against and 17 absent.

5-0: PN menang lagi undi belah bahagi hari ini

Semalam, kerajaan PN berjaya memenangi dua undi belah bahagi di Dewan Rakyat.

RM216.7 juta bagi 15 projek pembangunan di luar bandar Sabah dan Sarawak, kata menteri

40% daripada jumlah keseluruhan peruntukan sudah dibelanjakan untuk kemudahan air, elektrik.

Kerajaan tidak guna simpanan, rizab antarabangsa BNM biayai Belanjawan 2021

Segala pakej rangsangan ekonomi dibiayai menerusi pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan.

Kementerian Pendidikan laksana penjajaran semula kurikulum mata pelajaran

Langkah itu bagi memastikan murid mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai diperlukan untuk kelangsungan pembelajaran semasa penularan Covid-19.