- Iklan -
Berita

Apa berlaku selepas tunai belanjawan kepada golongan berpendapatan rendah habis?

Kenaikan kos penjagaan anak bakal menyebabkan bantuan lebih lama ditagih.

Amanda Suriya
3 minit bacaan
Kongsi
Golongan berpendapatan rendah antara kumpulan paling terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.
Golongan berpendapatan rendah antara kumpulan paling terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Salah satu tujuan utama Belanjawan 2021 adalah untuk membantu aliran kewangan gologan yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bagi merealisasikan tujuan itu, cadangan pengagihan peruntukan tersebut termasuk meningkatkan elaun untuk petugas barisan hadapan dan mengurangkan kadar cukai pendapatan ke atas 1.4 juta pembayar cukai.

Bantuan pembayaran balik pinjaman untuk golongan B40 turut diumumkan, lanjutkan kepada pelaksanaan moratorium sebelum ini yang bermula pada bulan April sehingga Oktober.

Dalam fasa kedua, pihak bank dijangka menawarkan kembali moratorium atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan buat mereka yang berpendapatan rendah atau kehilangan pekerjaan.

Agihan tunai kepada isi rumah dalam kumpulan berpendapatan rendah kini turut merangkumi golongan M40.

Langkah-langkah yang diambil itu dirancang untuk meningkatkan tunai di tangan dan meningkatkan perbelanjaan ketika krisis ekonomi yang belum pernah berlaku, tetapi masalah masih ada.

Seorang penganalisis penyelidikan Zulaikha Azmi dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi menyambut baik berita mengenai pengurangan cukai pendapatan.

“Ia adalah langkah yang baik ketika ini kerana negara memerlukan pengembangan dasar fiskal,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Langkah kerajaan terus membantu dan perluas bantuan kewangan mengikut jumlah anak dalam setiap keluarga juga merupakan tindakan yang wajar.”

Dalam cadangan belanjawan yang dibentang Jumaat lepas, isi rumah daripada kumpulan B40 akan menerima bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,800 menerusi program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Tunai lebih banyak akan diberikan kepada keluarga yang memiliki jumlah anak lebih ramai.

“Ia benar-benar akan membantu keluarga yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Zulaikha.

“Bagaimanapun bantuan kewangan yang diberikan hanya bersifat sementara, dan kerajaan perlu melihat kepada penyelesaian jangka sederhana dan panjang bagi menggantikan bantuan kewangan tersebut.”

“Ia adalah langkah yang baik ketika ini kerana negara memerlukan pengembangan dasar fiskal,” katanya kepada MalaysiaNow.

Seorang pensyarah kewangan Izlin Ismail berkata, “Langkah memberi tunai kepada lebih lapan juta orang dan bukannya memberi rebat serta pengecualian cukai, bertujuan untuk meningkatkan kebolehgunaan dengan harapan ia mampu merangsang kembali ekonomi. Ia akan memberi kesan lebih pantas daripada menyuntik dana ke dalam ekonomi menerusi sistem kewangan.”

Bagaimanapun beliau mempersoalkan garis panduan kurang jelas mengenai kelayakan isi rumah yang tidak mempunyai anak.

Zulaikha berkata, “Keperluan asas akan menjadi keutamaan kebanyakan isi rumah berpendapatan rendah, dan bantuan tunai yang diberikan akan dibelanjakan terutamanya untuk makanan, tempat tinggal dan telefon prabayar.

“Mereka berkemungkinan akan berbelanja lebih untuk pelbagai jenis makanan dan barang keperluan, serta juga untuk tuisyen peribadi, yang akan membantu ekonomi tempatan.”

Walaupun aktiviti ekonomi diteruskan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), anak-anak akan terperuk di rumah kerana sekolah ditutup sehingga Januari tahun depan.

Ini bermakna ibu bapa yang bekerja bukan dari rumah akan memerlukan perkhidmatan penjagaan anak terutama yang masih kecil.

Ibu tunggal daripada kumpulan B40 mungkin berpandangan bantuan tunai “one off” bukan merupakan penyelesaian jangka panjang apabila melibatkan peningkatan kos penjagaan anak-anak di rumah atau menghantar ke pusat jagaan kanak-kanak, kerana tidak mempunyai pilihan lain termasuk meminta pertolongan rakan-rakan atau sanak saudara.

“Bantuan tunai itu berkemungkinan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan penjagaan anak-anak, walaupun kerajaan menyedari akan perkara tersebut dengan memperuntukkan RM30 juta bagi menyediakan perkhidmatan tersebut buat petugas barisan hadapan dan sektor awam.”

RM20 juta turut diberikan untuk memberi dorongan kepada sektor swasta menyediakan kemudahan sama di premis-premis milik mereka,” kata Zulaikha.

“Bagaimanpun terdapat jarak masa sebelum ia dilaksanakan.”

Apabila tiba masa peruntukan penjagaan anak dilulus dan dilaksanakan, manfaat sementara daripada bantuan tunai sudah kehabisan menyebabkan keluarga terlibat mula kembali memikirkan bagaimana untuk memastikan anak-anak dijaga di rumah ketika mereka keluar bekerja.