- Iklan -
Berita

Joe Biden kalahkan Donald Trump

Kemenangan Biden menafikan hasrat Trump yang sepanjang pentadbirannya penuh kontroversi untuk menjadi presiden bagi penggal kedua.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AP
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AP

Calon Demokrat Joe Biden berjaya memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) selepas memperolehi 284 undi elektoral berbanding penyandang jawatan itu, calon Republikan Donald Trump yang hanya berjaya mendapat 214 undi.

Keputusan tidak rasmi ini menyaksikan Biden, 77, menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun untuk memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Kemenangan Biden menafikan hasrat Trump yang sepanjang pentadbirannya penuh kontroversi untuk menjadi presiden bagi penggal kedua.

Biden menulis di maklumat peribadi laman Twitternya sebagai “presiden dipilih”, walaupun pengiraan undi masih berjalan di beberapa negeri, lapor agensi berita Sputnik.

“Presiden dipilih, suami kepada @DrBiden, ayah & datuk yang bangga. Sedia membangunkan semula dengan lebih baik untuk semua rakyat Amerika,” tulis Biden di akaunnya @JoeBiden.

Gandingannya, Kamala Harris juga yang digambarkan sebagai “Naib Presiden-Amerika Syarikat” di akaun Twitternya menulis “Kita berjaya, Joe Biden.”

Sebelum ini, CNN, Fox News dan NBC serta AP mengunjurkan Biden sudah melakar kemenangan pada pilihan raya presiden 2020.

Sementara itu, Trump dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pilihan raya presiden AS belum tamat walaupun beberapa media mengatakan calon Demokrat Biden muncul sebagai pemenang.

Menurut data mereka, Biden sudah berjaya memperoleh 270 undi yang diperlukan.

Laporan itu susulan keputusan semasa pengiraan undi di Pennsylvania.

Pengiraan undi rasmi masih berterusan.

Sementara itu, Trump dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pilihan raya presiden AS belum tamat walaupun beberapa media mengatakan calon Demokrat Biden muncul sebagai pemenang.

“Kita semua tahu mengapa Joe Biden tergesa-gesa untuk dakwa dirinya sebagai pemenang, dan mengapa sekutu medianya berusaha keras membantunya: mereka enggan kebenaran itu didedahkan,” kata Trump.

“Faktanya mudah. Pilihan raya ini masih belum selesai. Joe Biden belum diperakui sebagai pemenang di mana-mana negeri, apalagi di negeri-negeri itu pengiraan undi masih berjalan, atau di negeri kempen kami mempunyai tuntutan mahkamah yang sah yang akan menentukan pemenang sebenar.”