- Iklan -
Berita

Helikopter terhempas di Taman Melawati selepas perlanggaran di udara

2 maut manakala 2 lagi dilaporkan selamat.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi
Salah seorang mangsa helikopter yang maut terhempas tengahari tadi.
Salah seorang mangsa helikopter yang maut terhempas tengahari tadi.

Dua maut selepas dua helikopter dipercayai bertembung dan terhempas di Taman Melawati, Selangor tengah hari tadi.

Berdasarkan video yang dirakam penduduk yang berada dengan tempat kejadian menunjukkan salah satu helikopter itu terhempas ke manakala satu lagi mendarat dengan selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian itu kepada MalaysiaNow.

Dua jenis helikopter yang bertembung sebelum terhempas adalah 9M-HCA dan 9M-HCB milik My Heli Club MY difahamkan dalam perjalanan dari Subang ke Genting Sempah.

Keadaan helikopter yang membawa Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.

Identiti dua mangsa yang maut dalam insiden helikopter terhempas itu dikenali sebagai Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharom, 56.

Manakala dua yang terselamat pula adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, 66 dan Tan Chai Elan, 51.

Terdahulu, dilaporkan sebuah helikopter membawa empat individu, termasuk seorang wanita, didakwa bertembung dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas.

Siasatan polis setakat ini fokus kepada punca kematian, manakala siasatan punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Menurut perkongsian pengguna Twitter, sebuah helikopter berwarna biru terhempas, manakala helikopter kedua berwarna merah mendarat dengan selamat berhampiran padang SJKT Taman Melawati.