Tuesday, November 24, 2020

Kerajaan buat tempahan awal vaksin Covid-19, kata menteri

Tempahan itu dibuat menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021.

Other News

Bekas menteri bidas pengeluar sarung tangan Top Glove selepas lebih 1,000 pekerja dijangkiti Covid-19

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan syarikat itu perlu dikenakan ‘cukai durian runtuh’ kerana keuntungan luar biasa mereka.

Ex-minister slams Top Glove after over 1,000 workers down with Covid-19

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman says a 'windfall tax' should be imposed on Top Glove due to its unusual profits.

1,884 kes baru Covid-19, Selangor tertinggi

Sebanyak 883 pesakit pulih.

Record 1,884 new cases, 1,203 in Selangor

Two more deaths take toll to 337.

EC planning for possible election during post Covid-19 period

Law minister Takiyuddin Hassan says the EC has drafted a set of guidelines for the event of an election during this time.

Kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin Covid-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pihaknya yakin peruntukan itu mencukupi bagi membuat tempahan awal vaksin berkenaan yang dianggarkan diperoleh suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita akan mula buat tempahan awal kepada vaksin yang sedang dibangunkan itu. Saya jangka dalam tempoh sebulan dua ini kita akan dapatkan maklumat keberkesanan vaksin itu daripada KKM,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan terjejas banjir di sini, hari ini.

Khairy merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz sewaktu membentangkan Belanjawan 2021 semalam berkata kerajaan komited mendapatkan sumber vaksin Covid-19 antaranya melalui penyertaan Program Covid-19 Vaccine Global Access (COVAX) dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion.

Dalam pada itu, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menyifatkan peruntukan RM400 juta untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi adalah penting untuk mengkomersialkan produk ciptaan negara dan teknologi tempatan.

“Kita tak mahu hanya bergantung kepada teknologi luar negara yang mana melibatkan kos pembelian yang agak tinggi, jadi dengan adanya dana yang besar ini, ia akan ditumpukan pada penyelidikan produk dan teknologi dalam negara,” katanya.

Khairy merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Covid-19.

Sementara itu, Khairy yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan berkata pihaknya akan menyalurkan anggaran peruntukan berjumlah RM500,000 untuk membaik pulih jalan yang terputus dan membina semula tebing sungai Kampung Kuala Sawah yang runtuh susulan banjir pada Rabu lepas.

Sungai berkenaan turut menghubungkan beberapa kawasan termasuklah Kampung Stesen, Kampung Pasir, dan Pekan Kuala Sawah, dekat sini.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bekas menteri bidas pengeluar sarung tangan Top Glove selepas lebih 1,000 pekerja dijangkiti Covid-19

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan syarikat itu perlu dikenakan ‘cukai durian runtuh’ kerana keuntungan luar biasa mereka.

1,884 kes baru Covid-19, Selangor tertinggi

Sebanyak 883 pesakit pulih.

Kesihatan mental di musim pandemik

Ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.

1,096 kes baru Covid-19, 1,104 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Selangor kekal negeri tertinggi kes Covid-19 iaitu sebanyak 603 jangkitan baru.

Bagaimana Covid-19 sebabkan pendapatan golongan agama terjejas

Pusat ibadah ditutup dan banyak majlis keramaian dihadkan untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.