Thursday, June 24, 2021

4 lagi kluster Covid-19 dikesan, kata Noor Hisham

Melibatkan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak.

Other News

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan empat lagi kluster baru Covid-19 melibatkan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah, Kluster Softwood LD di Lahad Datu membabitkan kes indeks (ke-34,985) yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober lepas.

Beliau berkata hasil saringan kontak rapat mengesan sebanyak 13 lagi kes positif Covid-19 dan semua yang terlibat dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah PPR Payang, Lahad Datu.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 109 individu disaring dengan 14 kes dikesan positif termasuk 11 kes baru manakala 95 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM hari ini.

Di Selangor pula, Kluster Teratai dikesan di daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat membabitkan kes indeks (ke-35,263) juga dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 2 November lepas.

Katanya saringan kontak rapat mengesan sebanyak 73 lagi kes positif dan semua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga hari ini, seramai 101 individu disaring dengam 74 kes positif Covid-19 termasuk 58 kes baru, 17 individu negatif manakala 10 individu masih menunggu keputusan, katanya.

Noor Hisham berkata di Kuala Lumpur, Kluster Tapak Bina Damanlela dikesan melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong dan Titiwangsa.

“Kes indeks (ke-37,814) dikenal pasti positif hasil saringan tahanan pada 6 November dan saringan kontak rapat mengesan sebanyak 14 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga hari ini, 292 individu disaring dengan 15 kes dikesan positif Covid-19 termasuk 13 kes baru, 269 individu lagi negatif dan lapan individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Sehingga hari ini, seramai 101 individu disaring dengam 74 kes positif Covid-19 termasuk 58 kes baru, 17 individu negatif manakala 10 individu masih menunggu keputusan, katanya.

Kluster baru yang turut dikesan ialah Kluster Mahkota melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor; Kepong dan Titiwangsa di Kuala Lumpur; Putrajaya serta Sibu, Sarawak

Noor Hisham berkata kes indeks (ke-32,385) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 30 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat seterusnya mengesan lapan lagi kes positif. Sehingga hari ini, sejumlah 56 individu disaring dengan sembilan kes dikesan positif Covid-19, 28 individu negatif dan 19 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kluster Bah Puchong melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Perak diisytiharkan tamat hari ini.

Sehingga 7 November, seramai 88 orang disaring dalam kluster itu yang menyaksikan 14 kes positif Covid-19 manakala 74 lagi negatif dan kadar positiviti ialah pada paras 15.91 peratus selain tiada kematian dilaporkan, katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles