- Iklan -
Berita

Sabah, Sarawak terima peruntukan paling tinggi dalam Belanjawan 2021

6 negeri mendapat peruntukan melebihi 30% daripada keseluruhan Belanjawan 2021.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi

Belanjawan 2021 menyaksikan peruntukan bagi hampir semua negeri mencatatkan peningkatan di mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang menerima peruntukkan tertinggi.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata Sabah menerima peruntukan sebanyak RM5 bilion dengan 1,039 projek iaitu lebihan 297 projek berbanding sebelum ini.

Sementara Sarawak menerima peruntukan RM4.5 bilion untuk 781 projek berbanding 619 projek pada 2020 menjadikan kedua-dua negeri tersebut antara penerima terbesar untuk projek pembangunan.

Zafrul berkata, peruntukan bagi enam negeri yang berpendapatan terendah apabila dikumpulkan melebihi 30% daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan (DE).

Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis turut tersenarai menerima peruntukan terbanyak dalam Belanjawan 2021.

Sementara itu, peruntukan untuk negeri Perak dikurangkan memandangkan projek yang dikendalikan di bawah Kementerian Pertahanan di Lumut tidak memberi impak kepada rakyat secara keseluruhannya.

Zafrul berkata, peruntukan bagi enam negeri yang berpendapatan terendah apabila dikumpulkan melebihi 30% daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan (DE).

Bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan berjalan seperti yang dirancang, Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan membuat penilaian secara tahunan untuk menentukan kelulusan projek melalui konsep “Rolling Plan”.

Manakala Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan dipertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan kemajuan projek pembangunan yang sedang dan akan dibangunkan di negeri-negeri.

Selain itu, unit Laksana yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan juga akan melaksanakan pemantauan terutamanya langkah pakej rangsangan memastikan projek mencapai keberhasilan (outcome) dan nilai pulangan (value for money) yang optimum.