Friday, February 19, 2021

Kerajaan peruntuk RM6.5 bilion Bantuan Prihatin Rakyat untuk lebih 8 juta rakyat

Bantuan tunai BPR yang menggantikan bantuan BSH itu diumumkan oleh menteri kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Other News

Apa kerajaan buat semasa darurat?

Sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan termasuk penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat.

Lebih 2 penumpang dibenarkan dalam satu kenderaan di kawasan PKP

Kelonggaran itu berkuat kuasa esok.

Dine-in allowed subject to table size, SOPs

The two-person limit for cars will also be lifted in all zones.

25 kes kematian baru dilaporkan, tertinggi setakat ini

5,320 sembuh, 2,712 positif Covid-19.

Daily deaths hit new high of 25

2,712 new cases, 5,320 recoveries.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan wang tunai sebanyal RM6.5 bilion dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dijenamakan semula daripada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan memberikan manfaat kepada lebih lapan juta rakyat Malaysia.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen, beliau berkata kadar bayaran bantuan tunai tersebut akan diberikan mengikut kategori pendapatan masing-masing dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion berbanding RM5 bilion di bawah program BSH.

Zafrul memberitahu, pemberian BPR bermula tahun depan dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta rakyat berbanding 4.3 juta di bawah BSH.

Katanya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

“Manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800,” katanya dalam pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata, bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima sebanyak RM800.

Manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak dan lebih akan disalurkan bantuan sebanyak RM1,200.

Katanya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Katanya, kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 juga bakal menerima bantuan BPR.

Menurut Zafrul, mereka dalam kumpulan tersebut yang memiliki seorang anak akan menerima bantuan tunai berjumlah RM500 dan bantuan sebanyak RM750 akan disalurkan kepada mereka yang mempunyai dua orang anak atau lebih.

Bagi kelompok keempat, katanya, individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan tunai BPR sebanyak RM350.

Dalam pada itu, kerajaan melalui Belanjawan 2021 turut mengumuman pelaksanaan program Jaringan Prihatin dengan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion yang bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 untuk mendapatkan akses internet.

Katanya, bermula suku pertama tahun 2021, kira-kira lapan juta penerima daripada golongan tersebut akan menerima bantuan sebanyak RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.

“Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baru.”

Katanya, syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Tiada bayaran untuk mohon Bantuan Prihatin Rakyat, kata LHDN

Permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

Kerajaan sibuk memerangi Covid-19, pembangkang tetap berpolitik

Pantang ada peluang, perkara yang bermanfaat pun dimanipulasi sebagai 'senjata' untuk membangkitkan rasa curiga rakyat.

 Satu terpaksa di’pkp’kan, satu memaksa didaruratkan 

Ini bukan demokrasi, ini gilakrasi.

Belanjawan pertahanan Trump ditolak

320 ahli Dewan Perwakilan menolak veto presiden dan hanya 87 menyokong.

GST mampu tingkatkan pendapatan negara, kata timbalan menteri

Bagaimanapun kerajaan akan mengkaji kesesuaian sebelum laksanakan semula GST.