Thursday, June 17, 2021

Kerajaan bentangkan belanjawan RM322.5 bilion, fokus Covid-19, bangunkan semula ekonomi

Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita Menang Bersama”.

Other News

Kerajaan mengumumkan sejumlah RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini.

Belanjawan pada kali ini lebih RM10 bilion daripada belanjawan 2020 yang disemak semula, dipecahkan kepada belanja pengurusan (RM236.5 bilion), pembangunan (RM69 bilion) dan RM17 bilion untuk Kumpulan Wang Covid-19.

Belanjawan yang bertemakan “Teguh Kita Menang Bersama” menarik perhatian Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menasihatkan semua ahli-ahli Parlimen agar menyokongnya di peringkat pengundian.

Istana Negara sudah mengeluarkan tiga peringatan kepada semua ahli-ahli Parlimen agar mengenepikan perbezaan politik dan bersatu padu dan bersama-sama dalam memerangi Covid-19.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles