Wednesday, September 29, 2021

Kerajaan benar pengeluaran akaun 1 KWSP sehingga RM6,000

Pengeluaran akan dibuat secara bersasar dengan bayaran disalurkan secara bulanan dalam tempoh 12 bulan bermula tahun depan.

Other News

Kerajaan melalui mengumumkan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dengan jumlah RM6,000 bagi membantu ahli yang mengalami beban kewangan akibat pandemik Covid-19.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata pengeluaran tersebut boleh dibuat secara bersasar dengan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan yang dijangka akan meringankan masalah kewangan kepada kira-kira 600,000 pencarum yang terjejas.

Katanya, mengambil kira inisiatif i-Lestari dan pengeluaran daripada akaun 1 KWSP, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

Pengeluaran i-Lestari pada April membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM 6,000.

Skim ini memanfaatkan 4.7 juta pencarum dengan nilai RM 11.6 bilion.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun 1 (KWSP) akan melibatkan RM4 bilion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles