Friday, September 17, 2021

1,755 kes baru Covid-19, 726 dilaporkan pulih

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 38,189 kes.

Other News

Sebanyak 726 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 26,380 kes atau 69.1%.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata terdapat 1,755  kes baru jangkitan Covid-19, termasuk tiga kes import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 38,189.

“Sebanyak 11,530 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 83 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 32 memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata kenyataan itu.

Terdapat 2 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 279 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles