Tuesday, February 23, 2021

PKPB dilaksanakan di Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak

Sementara Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lokasi baru di Sabah.

Other News

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Over 1,000 Myanmar nationals deported despite court order

Immigration chief Khairul Dzaimee Daud says 1,086 migrants have been sent back on three Myanmar navy ships.

Hong Kong to disqualify disloyal politicians, officials

A list of offences includes acts that endanger national security, advocating for independence or refusing to accept China's sovereignty over Hong Kong.

14 lagi kematian baru, 4,055 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

Guna laluan alternatif elak kesesakan Jambatan Pulau Pinang, kata PLUS 

PLUS beri jaminan jambatan selamat digunakan dan pengguna tidak perlu panik atau bimbang.

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi baru di Sabah manakala tiga lagi negeri – Negeri Sembilan, Terenggganu dan Perak – dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD dibuat di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira Sandakan berkuat kuasa esok sehingga 19 Nov.

“Setakat 4 Nov 2020, saringan Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 440 kes positif COVID-19 melibatkan tahanan dan juga staf di Pusat Tahanan Sementara Tawau ini.

PKPD PTS Tawau ini akan melibatkan 1,707 inidividu yang terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Beliau berkata PKPD di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira pula melibatkan seramai 1,605 individu yang merangkumi 1,308 orang tahanan dan 297 orang kakitangan.

Setakat tengah hari tadi, KKM menjalankan sebanyak 669 saringan dan merekodkan sebanyak 111 kes positif Covid-19 di Penjara Sandakan.

Ismail berkata perlaksanaan PKPB pula membabitkan Mukim Parit Buntar (Perak); Mukim Rasau, Dungun (Terengganu) dan Mukim Jimah, Port Dickson (Negeri Sembilan) yang akan berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.

Memperincikan perkara itu, beliau berkata KKM mengesahkan sebanyak 12 kes positif Covid-19 di Mukim Parit Buntar dan PKPB di mukim itu akan melibatkan seramai 45,359 orang penduduk dengan jumlah 7,847 unit rumah.

“Untuk Mukim Rasau pula sebanyak 25 kes positif Covid-19 dikesan dan PKPB di lokasi ini akan melibatkan seramai 43,687 orang penduduk.

“Sebanyak 11 kes positif Covid-19 dikenal pasti di Mukim Jimah dengan perlaksanaan PKPB akan melibatkan 24,540 orang penduduk,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD Anjung Teduh di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.

Beliau berkata langkah itu dibuat atas nasihat KKM berikutan lokasi itu merekodkan 56 kes kumulatif positif Covid-19.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan PKPD di Anjung Teduh dari 24 Oktober hingga 6 November.

Sementara itu, PKPD di enam lokaliti di Semporna dan satu di Kunak, Sabah akan ditamatkan pada 6 November seperti yang dijadualkan.

PKPD di Semporna melibatkan Kampung Bangau-Bangau; Kampung Panji; Kampung Air; Kampung Selamat; Kampung Simunul dan Kampung Pinggir Bakau manakala di Kunak melibatkan Kampung Pangkalan, akan ditamatkan tengah malam ini (6 November).

“Kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD Penjara Pokok Sena, Kedah pada 7 November sebagaimana yang dijadualkan.

“Saringan KKM terhadap staf dan penghuni kuarters juga mendapati tiada kes positif Covid-19 baru direkodkan di Penjara Pokok Sena untuk tempoh tujuh hari terkini,’’ katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

14 lagi kematian baru, 4,055 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

2,192 kes baru Covid-19, 3,414 pulih, 6 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 32,076.

Rumah kosong, orang tiada tempat berteduh

Dasar perumahan diperlukan, utamakan perumahan sosial dan sewaan.

Kes baru Covid-19 kembali melebihi 3,000

4,456 dilaporkan pulih, 5 lagi kematian.

Covid-19 beri kesan besar kepada pekan tepi sungai Sarawak

Penduduk bimbang masa depan yang sepatutnya cerah bertukar sebaliknya buat pekan ini.