Thursday, March 4, 2021

Kerajaan pasti ambil jalan terbaik dalam isu KWSP, kata menteri

Rakyat sepatutnya mempunyai wang yang mencukupi ketika hari tua.

Other News

SPRM tahan setiausaha politik Xavier dalam siasatan kes rasuah

Fazly Razally antara beberapa individu berkait bekas menteri itu yang disiasat kerana rasuah.

Xavier’s pol-sec in MACC custody as graft probe continues

Fazly Razally is one of several individuals linked to the ex-minister who are under a corruption probe.

Kes Covid-19 kembali naik di seluruh dunia

WHO mendapati Timur Tengah adalah rantau yang paling tinggi peningkatan kes.

5 mangsa dihempap jejambat runtuh di MRR2

Jejambat runtuh menghempap sebuah van kilang di Lebuhraya MRR2 laluan Pandan Indah ke Ampang, Kuala Lumpur.

Vaksin cukup untuk setiap individu dewasa di AS

Presiden AS Joe Biden jamin rakyat negara itu mendapat vaksin Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed yakin kerajaan akan mengambil jalan terbaik berhubung isu cadangan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mustapa berkata penelitian perlu diberikan memandangkan terdapat kekangan dalam pengambilan dari Akaun 1 itu, yang melibatkan pesara dan golongan sasaran iaitu rakyat terhimpit.

Beliau berkata setakat ini KWSP mempunyai seramai 14.5 juta pencarum, namun yang masih mencarum hanya 8 juta saja.

“Antara isunya, kita difahamkan kira-kira 70 peratus daripada pencarum yang menyimpan di KWSP ini mempunyai simpanan kurang dari RM50,000 dan perkara ini bukan mudah diputuskan.

“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) sudah pun beritahu dan beri gambaran awal, apapun, kita tunggu pengumuman Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan esok. Pasti ada pengumuman mengenainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata setakat ini KWSP mempunyai seramai 14.5 juta pencarum, namun yang masih mencarum hanya 8 juta saja.

“KWSP ini simpanan hari tua dan memandangkan jangka hayat kita semakin panjang, ia perlukan wang mencukupi untuk hari tua, oleh itu kita harus mempunyai jumlah duit mencukupi.

“Setiap rakyat harus mempunyai amaun yang mencukupi bagi memastikan mereka tidak mempunyai masalah kewangan yang besar semasa hari tua,” kata Mustapa.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kerajaan akan sediakan bantuan bersasar dalam tempoh terdekat, kata Muhyiddin

Kerajaan akan turut meningkatkan sokongan kepada perniagaan, khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi semasa PKP.

Vaksin Covid-19 jalan terbaik rancak ekonomi

Petanda kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan perintah kawalan pergerakan, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

Unicef sambut baik pembukaan semula sekolah di Malaysia

Agensi PBB itu berkata guru dan kakitangan sekolah perlu divaksin sejurus petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.

Armada sambut agenda pemerkasaan digital, gesa pelaksanaan menyeluruh

Armada berharap keghairahan ini menepati keperluan untuk memastikan akses internet adalah menyeluruh ke segenap ceruk di dalam negara.