Thursday, October 21, 2021

1,009 kes baru Covid-19, 839 dilaporkan pulih

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 36,434 kes.

Other News

Sebanyak 839 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih berjumlah 25,654 kes atau 70.4%.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 1,009 kes baru jangkitan Covid-19, termasuk sembilan kes import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 36,434.

Kata Noor Hisham Sabah mencatatkan sebanyak 564 kes baru atau 55.9% daripada kes keseluruhan.

“Sebanyak 10,503 kes aktif kini sedang menerima rawatan di hospital, 78 pesakit di tempat di Unit Rawatan Rapi termasuk 28 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini.

Katanya, terdapat 6 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 277 orang.

Tambahnya, terdapat 5 kluster baru turut dikesan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles