- Iklan -
Berita

Trump menang di Kentucky, Biden di Vermont

Kedua-dua calon perlu memperoleh 270 undi electoral untuk menawan Rumah Putih.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Donald Trump dan Joe Biden bersaing sengit untuk menawan Rumah Putih. Gambar: AP
Donald Trump dan Joe Biden bersaing sengit untuk menawan Rumah Putih. Gambar: AP

Presiden Donald Trump dan pencabarnya dari Demokrat, Joe Biden pada Selasa masing-masing mendakwa sudah memperoleh kemenangan pertama pada pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) lapor Agensi Anadolu.

Trump dikatakan menang di Kentucky dengan memperoleh lapan undi electoral sementara Biden menambah tiga lagi undi di Vermont, memetik The Associated Press.

Kedua-dua calon perlu memperoleh 270 undi electoral untuk menawan Rumah Putih.

Sejumlah pengundi sudah mengundi pada pengundian awal, secara keseluruhan membabitkan lebih 101 juta penduduk Amerika, menurut Projek Pilihan Raya AS.