Friday, March 5, 2021

RM3 bilion diperlukan untuk bekalan vaksin Covid-19

Bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021.

Other News

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menganggarkan RM3 bilion diperlukan pada tahun hadapan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat kemudahan bekalan vaksin Covid-19.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata perkara berkenaan juga telah dimaklumkan kepada Kementerian Kewangan.

“Saya telah maklumkan kepada menteri kewangan yang sekurang-kurangnya kita perlu imunisasi 70 peratus daripada rakyat Malaysia dan saya minta RM3 bilion untuk disediakan bagi tahun depan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).

Terdahulu, ketika menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) berhubung jaminan kecukupan bekalan vaksin, Khairy berkata beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuk bersama kerajaan China.

Khairy berkata Menteri Luar China Wang Yi menerusi lawatan pada 13 Oktober lepas juga telah mengumumkan Malaysia berada dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin dari China.

Beliau turut mengulangi kenyataannya bahawa bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan wajaran pertama untuk tiga peratus populasi negara yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Khairy berkata akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi dan akan diangkat sebagai keutamaan sejajar dengan Covid-19 ini dilihat sebagai satu keperluan asas awam.

Khairy berkata Menteri Luar China Wang Yi menerusi lawatan pada 13 Oktober lepas juga telah mengumumkan Malaysia berada dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin dari China.

Menjawab soalan tambahan Zakaria Edris (Bersatu-Libaran) berhubung perkembangan terkini rundingan dengan Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX), beliau berkata Malaysia kini dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan penyertaan badan antarabangsa itu

“Dari segi harga yang ditawarkan, ‘indicative price’ adalah dari segi maksimumnya AS$21 untuk satu vaksin, jadi kita masih lihat beberapa klausa dalam perjanjian dengan COVAX itu yang perlu diperhalusi lagi. Kita harap akan dapat menandatangani penyertaan dalam COVAX ini dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan COVAX hanya sebahagian daripada keperluan negara untuk mendapatkan bekalan vaksin, dan sebahagian besar lagi bekalan akan diperolehi melalui rundingan dua hala dengan negara lain atau syarikat-syarikat lain.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Lima’21 tetap tidak diadakan walaupun secara maya, kata menteri

Ismail Sabri berpendapat sekiranya vaksin Covid-19 sudah diterima pada tahun 2023 maka tiada masalah untuk mengadakan pameran itu secara fizikal.

Ku Nan mulakan langkah sekat Khairy ke Putrajaya

Langkah pertama dilakukan ketua Umno Bahagian Putrajaya itu ialah menyekat timbalannya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Ku Nan makes his moves in Putrajaya in bid to block Khairy

But first, the Putrajaya Umno chairman must address an immediate hurdle: his deputy Tun Faisal Ismail Aziz.

Kes Covid-19 kembali naik di seluruh dunia

WHO mendapati Timur Tengah adalah rantau yang paling tinggi peningkatan kes.